SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Rabu, 15 Disember 2010

GAMBAR SURAU TRJ TERKINI

31.12.2010.







Update: 17.12.2010.











15.12.2010
GAMBAR-GAMBAR TERKINI SURAU DALAM PEMBINAAN.
(15.12.2010)

Selasa, 14 Disember 2010

KURSUS PENGURUSAN PERTUBUHAN BERKUALITI BIL. 4 TAHUN 2010

........... dan Salam Sejahtera.  Alhamdulillah........... syukur kehadrat Ilahi kerana dapat kita bersua kembali di laman blog TRJ ini.  Semalam, 13 Disember 2010, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Negeri Perak telah menganjurkan Kursus tersebut diatas bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan KDN Ipoh, Perak.  Kursus ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kualiti bagi Pegawai Pegawai setiap Pertubuhan dalam Pengurusan Pertubuhan, Penyediaan Penyata Tahunan dan Urus Tadbir Pertubuhan secara berkesan.

Secara ringkasnya pada sesi pertama kami telah didedahkan dengan cara cara pengurusan sesebuah pertubuhan dengan baik, Pengedalian Mesyuarat Agung,Kewajipan Pegawai Pertubuhan, Pindaan dan Prosedur Pindaan Undang-Undang.

Dalam sesi kedua pula kami ditunjukkan pula bagaimana cara-cara untuk menyediakan Penyata Tahunan kerana ianya merupakan satu instrumen yang penting dalam memastikan pertubuhan diuruskan dengan baik dan mengikut Undang-Undang/ Perlembagaan Pertubuhan.  Kepentingan Penyata Tahunan, Komponen Penyata Tahunan, Cara-Cara Mengisi Borang 9 yang lengkap dan betul, Perkara-perkara yang perlu dicatat dalam minit mesyuarat dan Perkara-perkara yang wajib dicatat dalam senarai AJK. Seringkali belaku kesilapan dan ketidaktepatan maklumat yang di hantar kepada pihak Pendaftar Pertubuhan dan ini menyebabkan kesulitan bagi pihak Pendaftaran untuk mengemaskini rekod sesebuah pertubuhan itu.

Melalui sesi terakhir, kami diperjelaskan pula dengan cara-cara Tadbir Urus yang berkesan. Ianya merangkumi keseluruhan sesi pertama dan kedua.  Sekiranya semua pihak atau pertubuhan memahami dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan maka pertubuhan tersebut boleh ditadbir dengan baik dan dapat mengelakkan daripada melakukan kesalahan-kesalahan  yang melanggar Undang-Undang Berdaftar Pertubuhan dan juga Akta Pertubuhan.  Kami juga perlu memahami dan dapat membezakan antara Badan Kerajaan, Badan Swasta dan Organisasi Bukan Kerajaan.

Digariskan juga Ciri-ciri Tadbir Urus Pertubuhan Yang Baik.  diantaranya ialah Pengalaman musyawarah dalam mencapai tujuan yang sama, Akauntabiliti atau bertanggungjawab, Telus, Responsif Cekap dan berkesan serta Adil dan saksama.

Setiap Pertubuhan diwakili oleh 3 orang peserta daripada 79 buah Pertubuhan yang dijemput diseluruh negeri Perak.  Sujil Penyertaan Kursus telah disampaikan kepada setiap peserta sebelum kursus tersebut selesai pada pukul 1.00 tengahari.  Selepas makan tengahari, kami pun bersurai.

Wassalam.

Isnin, 6 Disember 2010

Surau TRJ Yang Hampir Siap 80%

Salam Sejahtera untuk semua.  Sepertimana yang semua maklum bahawa, pada tahun ini merupakan tahun yang amat bertuah bagi penduduk TRJ.  Pertama sekali pihak MMC-GAMUDA bersetuju membina 'fly-over' yang tidak melalui secara langsung ke TRJ.  Ianya dilencongkan melalui tepi pagar kawasan pembinaan landasan berkembar keretapi elektrik bagi laluan motosikal.  Walaubagaimanapun bagi pejalan kaki masih mengikut plan asal iaitu melalui terus ke TRJ-Kg. Changkat Gohor.  Pihak MMC-GAMUDA juga telah membaikpulih beberapa rumah yang retak akibat dari pembinaan landasan keretapi resebut.

BKDKPP TRJ juga berjaya mengadakan gotong royong mega beramai-ramai dengan bantuan kelengkapan dari MPKK.  Warga TRJ juga dikhabarkan dengan berita gembira dengan kelulusan pihak JPM untuk membina Surau bagi kegunaan dan kemudahan penduduk taman setelah permohonan kedua dimajukan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dengan terdirinya surau tersebut di TRJ selepas sambutan hari raya aidil fitri 1431H/2010M. Sempena sambutan hari raya Aidil Fitri pula, pihak BKDKPP TRJ berjaya menghidupkan malam dan pagi hari raya dengan mengadakan rombongan tahlil dari rumah ke rumah sambil memungut derma untuk pengurusan dan pentadbiran surau baru TRJ yang bakal dibina.  Dan..... yang terbaru, untuk kali pertamanya penduduk TRJ mengadakan majlis qurban sempena sambutan hari raya aidil adha yang baru saja berlalu.  Pada tahun ini juga pasukan Rukun Tetangga (RT) Taman Rengas Jaya juga diluluskan dengan anggota berdaftar seramai 12 orang dan akan bersama-sama dengan RT jiran Taman Perumahan berdekatan di kawasan Padang Rengas ini.

Berikut adalah gambar terbaru pembinaan Surau TRJ yang hampir siap 80% dan dijangkakan akan siap sepenuhnya sebelum 31.12.2010.  Penggunaan pertama surau secara tidak rasmi akan bermula seawal 1.1.2011 dan secara rasminya selewat-lewatnya bulan Mac, 2011 setelah semuanya selesai dilaksanakan.








Rabu, 17 November 2010

MAJLIS IBADAH QURBAN TAMAN RENGAS JAYA

... Dan Salam bersua kembali di hari lebaran - Hari Raya Aidil Adha.  Alhamdulillah.... selepas selesai menunaikan solat sunat aidil adha, warga TRJ bersama penduduk sekitar telah bersama-sama 'bergotong-royong' menunaikan pula ibadat korban bersama aqiqah dengan menumbangkan seekor lembu.  4 orang warga TRJ melaksanakan ibadah korban dan 3 warga TRJ lagi melaksanakan ibadah aqiqah.  Daging korban diagihkan kepada semua penduduk islam di TRJ dan jiran kampung bersebelahan.  Daging bahagian ibadah aqiqah dan sebahagian daging korban pula dimasak secara gotong royong dan sama-sama dinikmati oleh semua penduduk TRJ, iaitu makan tengahari.

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar majlis korban TRJ.

Menunggu Acara Korban Dijalankan



Acara Penyembelihan Akan Dimulakan





Kerja-Kerja Melapah Dijalankan


Kerja-Kerja Menyiapkan Daging Untuk Dipotong & Ditimbang



Persiapan Bahan Untuk Memasak

Daging Mula Dipotong Untuk Diagihkan


Kerja-Kerja Menimbang










Memasak Sup Daging & Tulang


Warga TRJ Bersedia Untuk Menikmati Masakan Tengahari




Terima Kasih.
Oleh: Bendahari TRJ