SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Rabu, 26 Januari 2011

SURAU BERWAJAH BARU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.  Seperti yang dijangka, hari  ini Surau TRJ telah berubah wajah dengan 'kehadiran' karpet baru berwarna merah yang telah disumbangkan sebahagiannya oleh penderma yang budiman.  Alhamdulillah dan ucapan berbanyak-banyak terima kasih yang dapat kami berikan sebagai tanda penghargaan kepada penderma.  Terima kasih daun keladi.
Wassalam.


Selasa, 25 Januari 2011

Majlis Perbandaran Sibu larang ternak burung layang-layang di kawasan perumahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kami menyokong penuh tindakan pihak MPS yang melarang penternakan (Perusahaan) burung walit di kawasan perumahan.  Kami berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Malaysia (Semenanjung, Sabah & Sarawak) agar dapat menguatkuasakan larangan tersebut demi kepentingan penduduk tempatan dan keselamatan bersama.  Kebanyakan pengusahanya adalah individu yang tidak menetap di kawasan penternakan tersebut sebaliknya tinggal di tempat lain yang jauh dari masalah yang bakal penduduk tempatan akan alami.  Wassalam.

berita penuh:

SIBU - Majlis Perbandaran Sibu melarang sebarang bentuk ternakan burung layang-layang di kawasan perumahan di sini.

Pengerusinya, Datuk Tiong Thai King berkata, pihaknya telah memuktamadkan prosedur untuk membolehkan tindakan diambil terhadap pengusaha yang meneruskan tindakan itu.

"Baru-baru ini kita telah mengadakan sesi dialog bersama penggiat industri tentang gangguan burung itu," katanya dalam ucapan beliau sebelum mesyuarat bulanan penuh bermula.

Tiong berkata, bunyi yang dihasilkan secara elektronik untuk menarik perhatian burung itu boleh menyebabkan gangguan bunyi terutama pada waktu malam dan subuh.

Tiong berkata pihak majlis tidak teragak-agak untuk menghapuskan ternakan itu selain mengeluarkan saman kepada pengusaha terbabit. - Bernama.

Ahad, 23 Januari 2011

Gotong Royong Mencuci / Membersih Surau Baru TRJ

Salam sejahtera dan salam bersua kembali dalam coretan TRJ.  Pada hari ini 23 01 2011 satu gotong royong telah diadakan bagi 'mencuci' dan membersih bahagian dalam dan kawasan surau. Alhadulillah, program ini berjalan seperti yang diaturkan iaitu bermula pada jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi.  Selepas kerja-kerja selesai dilalukan maka kami semua bersama-sama bertahlil dan kemudiannya mendengar ucapan ringkas  yang disampaikan oleh Pengerusi BKDKPP TRJ.  Selepas selesai ucapan, kamipun sama-samalah pula menikmati makan tengahari yang telah disediakan oleh kaum ibu secara gotong royong juga.
Semoga dimasa-masa akan datang aktiviti sebegini akan berterusan dan mendapat kerjasama dari semua penduduk TRJ.
Wassalam.