SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Sabtu, 7 Ogos 2010

APA YANG ADA DI TAMAN RENGAS JAYA

Oleh: PYK
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1TRJ.  Sepertimana lazimnya disetiap taman perumahan sudah pasti ada kemudahan asas yang disediakan oleh pihak pemaju untuk kegunaan dan kemudahan pemduduk yang tinggal di taman perumahan.  Begitu jugalah dengan TRJ.  Tidak terkecuali kemudahan asasnya selain dari air, elektrik, pembentung IWK dan jalanraya ialah taman permainan kanak-kanak, tapak untuk pembinaan surau dan rumah kedai yang akan menjalankan perniagaan bagi kemudahan penduduk setempat.

Diantara kemudahan yang terdapat di TRJ ialah seperti Kedai Runcit, Kedai Makan (Restoran), Kedai Elektrik, Kedai Alatulis (fotostat) Pusat Komputer (Kafe Siber), Pusat Tuisyen, Kedai Gunting, Kedai Ikan Perhiasan, Pusat Jualan Dan Membaikpulih Komputer, Kedai Motosikal serta Kedai Peralatan Telekomunikasi.  Disamping itu, terdapat juga sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak bagi memudahkan ibubapa yang bekerja menghantar anak-anak mereka untuk dijaga mengikut masa yang ditetapkan.


BERIKUT ADALAH BEBERAPA KEDAI YANG TERDAPAT DI TRJ







Pusat Asuhan Kanak-Kanak CAHAYA HATIKU

Dan
Stall Burger To' Ain.

PERMOHONAN SURAU TRJ PADA DASARNYA TELAH DILULUSKAN

Oleh: PYK
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1TRJ. 
Jawatankuasa TRJ melalui Pengerusinya En. Samsudin Bin Abdullah, PPT, telah membuat permohonan susulan bagi pembinaan surau TRJ yang telah dimajukan buat pertama kalinya pada tahun 2005 oleh En. Kamarul Zaman Bin Yaakub selaku Pengerusi TRJ yang pertama melalui Ketua Kampung Changkat Gohor ketika itu iaitu Tn. Haji Othman Bin Taib.

Hampir 5 tahun warga TRJ menunggu kemunculan kemudahan Surau untuk menjalankan aktiviti keagamaan, maka pada tahun ini warga TRJ mendapat khabar gembira dari pihak yang berkenaan bahawa permohonan itu telah diluluskan dan hanya menunggu masa dan ketika yang sesuai sahaja untuk pembinaannya.  


Kertas Cadangan Terkini:

NUR HIDAYAH DARI YANG MAHA ESA MEMBUKAKAN HATI PENDUDUK MUSLIM DI TAMAN RENGAS JAYA, PADANG RENGAS,
UNTUK MEMPUNYAI SEBUAH SURAU




KERTAS CADANGAN


PENGENALAN

Taman Rengas Jaya merupakan sebuah taman perumahan teres kos sederhana  dibangunkan  sekitar Tahun 2002 yang mempunyai 102 unit rumah (21 rumah kedai & 81 rumah teres), penduduknya seramai lebih kurang 500 orang majoriti muslim, bersebelahan dengan beberapa taman perumahan lain seperti Taman Seri Permai, Taman Rengas Indah dan Taman Rengas Mewah yang sedang dalam pembinaan,  kesemua taman-taman  ini tidak mempunyai kemudahan surau.  Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga  sedang membina sebuah stesyen yang baru berhampiran dengan taman ini untuk kawasan Padang Rengas mengantikan stesyen lamanya bagi menampung keperluan Landasan Berkembar Elektrik oleh  Syarikat MMC-GAMUDA Joint Venture.

MATLAMAT

Sekarang ini segala aktiviti keagamaan seperti kelas mengaji Al-Quran kanak-kanak dan kelas Pengajian Agama untuk kaum wanita terpaksa berpindah randah dari satu rumah ke satu rumah yang lain mengikut giliran yang diadakan setiap malam bagi kelas Al-Quran dan setiap minggu untuk kelas Pengajian Agama, yang pasti dengan adanya sebuah surau di taman ini kelak segala masalah itu dapat diselesaikan.  Untuk kaum bapa pula dapatlah mengadakan sembahyang fardu secara berjamaah.

OBJEKTIF

Objektif lain adalah seperti berikut:-

  1. Dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama penduduk.
  2. Penduduk taman-taman berhampiran boleh sama-sama menggunakan kemudahan surau tersebut.
  3. Boleh mengadakan program keagamaan secara bersepadu dengan penduduk-penduduk taman yang lain.
  4. Aktiviti-aktiviti keagamaan boleh dibuat secara bermuafakat dan terancang.

KOS PEMBINAAN

Jawatankuasa Badan Kebajikan Dan Keselamatan Penduduk-Penduduk Perumahan Taman Rengas Jaya akur dengan usul yang dilulus sebulat suara ahli-ahli melalui Mesyuarat Agung yang lalu untuk mendirikan sebuah surau  dan akan bekerja keras  mendapatkan peruntukan yang dianggarkan lebih kurang  RM200,000.00 ( Ringgit Malaysia: Dua Ratus Ribu ) daripada peruntukan Wakil-wakil  Rakyat,  Badan Koporat, Jabatan Kerajaan berkenaan, Penaja, Dermawan  dan orang perseorangan yang budiman.   Kelulusan dari pihak Jabatan Agama Islam Perak sedang diuruskan untuk mendapatkan kebenaran memungut derma/ kutipan khairat untuk tujuan tersebut.

LOKASI/ TAPAK
Tapak Untuk Pembinaan Surau Yang Telah Digazetkan
 Sebidang tanah Lot No.105 yang telah direzabkan sebagai tapak surau seluas 513m2 (80x65 kaki) bersebelahan dengan ibu sawat TNB dan loji kumbahan IWK. Tapak cadangan ini juga berhadapan dengan jalan besar menuju ke stesyen KTMB apabila  siap pembinaannya kelak.


PENUTUP

Doa dan harapan seluruh penduduk agar usaha murni ini mendapat keberkatan dariNya dan impian menjadi kenyataan.  INSYAALLAH.

Sekian,  Wasallam.

Saya yang menjalankan amanah,


( SAMSUDIN BIN ABDULLAH, P.P.T. )
Pengerusi.




Berikut adalah diantara beberapa contoh surat permohonan bagi mendapatkan kemudahan surau tersebut di TRJ.




Surat Jawapan Yang Diterima:-




Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Pengerusi dan Jawatankuasa baru yang telah berjaya dalam permohonan mendapatkan kemudahan surau TRJ.  Semoga dengan adanya surau tersbut nanti, ianya akan memberikan semangat baru untuk warga TRJ menjalankan kewajipan keagamaan dengan lebih sempurna.

Wassalam.

Khamis, 5 Ogos 2010

KEMUDAHAN TERKINI UNTUK KEGUNAAN PENDUDUK TRJ

Oleh: Samsudin Abdullah

KEMUDAHAN PENGGUNAAN KHEMAH (CANOPY), 40 BUAH KERUSI, 10 BUAH MEJA, 2 LAMPU PANJANG, 1 BUAH KIPAS DAN ALAS MEJA UNTUK SEBARANG MAJLIS ANJURAN PERSENDIRIAN ATAU KEMATIAN DALAM KAWASAN TAMAN.

Khemah/Kanopi Sumbangan Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz




Kemudahan ini adalah sumbangan khas dari YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz selaku Ahli Parlimen Padang Rengas, untuk kegunaan dan kemudahan penduduk TRJ.  Melalui pengurusan BKDKPP TRJ, kemudahan tersebut boleh digunakan oleh ahli taman dan bukan ahli dengan kadar bayaran tertentu yang dianggap paling minima dan tidak membebankan.


Kadar Bayaran yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat AJK Taman Rengas Jaya adalah seperti berikut:- 


1. Bayaran untuk ahli                        -           RM 30.00 SAHAJA.
    Bayaran bukan ahli                       -           RM 60.00.
2. Kos pemasangan                         -           Ditanggung sendiri penyewa
    &  pengangkutan                                       atau cara gotong royong.
3. Untuk kematian (ahli)                   -           PERCUMA termasuk kos.
    Untuk kematian (bukan ahli)        -           Kos ditanggung sendiri.

Untuk melancarkan perjalanan dan penyelenggaraan kemudahan tersebut, mesyuarat juga telah bersetuju untuk melantik ENCIK JALIL BIN ALANG JAMAL dan YM RAJA AHMAD BIN RAJA LUDIN sebagai orang yang bertanggungjawab memastikan kelengkapan berada dalam keadaan baik.

Untuk mendapatkan kemudahan tersebut ahli/penduduk yang berminat bolehlah menghubungi Pengerusi Taman iaitu ENCIK SAMSUDIN BIN ABDULLAH.  Beliau akan mengaturkan proses seterusnya diajalankan.

Bayaran sewa hendahlah dijelaskan kepada Bendahari Taman iaitu ENCIK KAMARUL ZAMAN BIN YAAKUB dan pastikan resit sewaan dikeluarkan kepada pemyewa tersebut.



GOTONG ROYONG BERSAMA PENDUDUK TRJ & MPKK

Oleh: PYK
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.  Pada 8 Ogos, 2010 iaitu pada hari ahad, satu aktiviti gotong royong membersihkan kawasan taman melibatkan semua penduduk, akan diadakan di TRJ.  Aktiviti ini akan bemula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.  Ianya juga melibatkan agensi kerajaan yang dijemput bersama untuk menjayakannya iaitu Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK).  Selepas aktiviti gotong royong membersihkan kawasan taman, semua penduduk dijemput ke jamuan makan tengahari yang disediakan sempena menyambut ketibaan Bulan Ramadhan Al-Mubarak di perkarangan Rumah Tuan Pengerusi TRJ iaitu di No 61.


Notis Gotong Goyong.

Kepada Semua Penduduk
Perumahan TRJ
Padang Rengas Perak.

Tuan/Puan,

AKTIVITI GOTONG ROYONG BERSAMA PENDUDUK PENDUDUK TAMAN RENGAS JAYA, PADANG RENGAS PERAK PADA 8 OGOS 2010.


Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, melalui Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan dan Keselamatan Penduduk Perumahan Taman Rengas Jaya Kali ke-2 pada 31 Julai 2010 yang lalu, mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan aktiviti gotong royong seperti berikut:-

Tarikh : 08hb. Ogos, 2010.
Masa : Jam 8.00 Pagi.
Tempat : Kawasan Perumahan Taman Rengas Jaya, Padang Rengas.



3. Sehubungan dengan itu juga, mesyuarat telah memutuskan untuk memohon bantuan dari pihak MPKK agar dapat memberikan khidmat tenaga kerja dan jentera penyembur air bagi tujuan membersih longkang longkang yang tersumbat.

Kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak tuan/puan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. Terima Kasih.


“ MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT ”

Saya yang menjalankan amanah,



( NOR FAIZAH BT. ABD RASID )
Setiausaha.

Rabu, 4 Ogos 2010

PENGENALAN TAMAN RENGAS JAYA

Oleh PYK (Kamarul)
Taman Rengas Jaya (TRJ) diduduki secara rasminya pada bulan Oktober, 2002.  Taman ini merangkumi 21 buah rumah kedai dan 81 buah rumah teres.  TRJ berada ditengah-tengah perjalanan diantara Kuala Kangsar-Taiping.  Jarak antara TRJ ke Pekan Padang Rengas ialah kira-kira 2 km dan ke Kuala Kangsar, kurang lebih 13 km serta 25 km ke Taiping.  TRJ berada di dalam kawasan Kampung Changkat Gohor, bersebelahan Taman Sri Permai dan Kampung Batu 17, Padang Rengas, Perak.
Di atas inisiatif penduduk TRJ yang diketuai oleh En. Samsudin Bin Abdullah,PPT., maka tertubuhlah Badan Kebajikan Dan Keselamatan Penduduk Perumahan Taman Rengas Jaya (BKDKPPTRJ) diperingkat penaja dan disahkan  secara rasminya pada 17 Mei 2005 dengan nombor Pendaftaran Pertubuhan: 0939-05-4, dengan Pengerusi pertamanya ialah ENCIK KAMARUL ZAMAN BIN YAAKUB, Naib Pengerusi ENCIK SAMSUDIN BIN ABDULLAH, PPT., Setiausaha pertamanya pula ialah ENCIK KHAIRUN NAWAL BIN ABDUL RASHID, Penolong Setiausaha PUAN NOR FAIZAH BINTI ABDUL RASID dan Bendaharinya pula ialah HAJI TAJUDDIN BIN HAJI SHAARI.  Jumlah keahlian ketika itu ialah seramai 65 orang dan ianya bertambah kepada 70 orang sehingga kini.
Sijil Pendaftaran Pertubuhan
Surat Pengesahan Kelulusan Pendaftaran

Diantara Aktiviti yang pernah dijalankan ialah mengadakan Jamuan Ramah Mesra Penduduk TRJ bersama Pemimpin Masyarakat dan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2005, mengadakan gotong royong membersihkan kawasan TRJ bersama MDKK dan Pihak Bomba & Penyelamat Kuala Kangsar.

BKDKPPTRJ juga membantu ahli dan keluarga ahli yang mengadakan majlis perkahwinan dan majlis tahlil bagi ahli atau keluarga ahli  yang meninggal dunia.  BKDKPPTRJ menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada keluarga ahli sebanyak RM50.00 bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga terutamanya dalam menguruskan jenazah arwah ahli keluarga.

Melalui Sektor Keselamatan, BKDKPPTRJ mengadakan rondaan dan kawalan keselamatan kawasan TRJ selama 3 jam bermula antara jam 12.30 pagi dan jam 5.00 pagi sebanyak 4-6 kali seminggu mengikut giliran.


TERKINI:

Melalui Mesyuarat Agong Kali Ke-3 yang diadakan pada 26 Mac, 2010 bertempat di Halaman Rumah  No. 61, Taman Rengas Jaya yang lalu, satu Jawatankuasa Taman yang baru telah dibentuk seperti berikut:- 

Pengerusi :
 En. Samsudin b. Abdullah

Naib Pengerusi :
 En. Sanushi b. Shahariman

Setiausaha :
 Pn. Nor Faizah bt. Abdul Rasid

Penolong Setiausaha :
 Pn. Arina bt. Bidin

Bendahari :
 En. Kamarul Zaman b. Yaakub

AJK
Y.M. Raja Ahmad b. Raja Ludin

AJK
 En. Jasni b. Mohd. Zain

AJK
 En. Ridzuan b. Abdullah

AJK
 En. Jalil b. Alang Jamal

 AJK
 En. Zainuddin b. Itam Mohd. Nor

AJK
En. Mohd Fadzli b. Zakaria

 AJK
En. Nagarajan a/l Shanmugam

Pemeriksa Kira-Kira :
En. Mohamad b. Hj. Razali

Pn. Norazmah Binti Awang Minhaj


Melalui Jawatankuasa yang baru, BKDKPPTRJ telah berjaya memantau perjalanan pembinaan jejantas pejalan kaki dan motosikal yang dibina oleh pihak MMC-Gamuda JV melalui projek Landasan Keretapi Berkembar Elektrik (EDTP).  Disamping itu BKDKPPTRJ juga mengambil berat aduan yang diterima dari penduduk mengenai keretakan rumah mereka akibat kerja-kerja pembinaan projek tersebut.

Lampu-lampu jalan kawasan TRJ yang rosak juga telah dibaiki oleh pihak TNB demi menjaga keselamatan penduduk taman.  BKDKPPTRJ mengharapkan penyertaan dan kerjasama yang erat dari pihak penduduk TRJ bagi membantu AJK untuk memastikan TRJ berada dalam suasana yang aman dan ceria melalui aktiviti yang dijalankan dan Insya-Allah akan berlaku penambahbaikan perjalanan pentadbiran BKDKPPTRJ.