SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Sabtu, 7 Ogos 2010

PERMOHONAN SURAU TRJ PADA DASARNYA TELAH DILULUSKAN

Oleh: PYK
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1TRJ. 
Jawatankuasa TRJ melalui Pengerusinya En. Samsudin Bin Abdullah, PPT, telah membuat permohonan susulan bagi pembinaan surau TRJ yang telah dimajukan buat pertama kalinya pada tahun 2005 oleh En. Kamarul Zaman Bin Yaakub selaku Pengerusi TRJ yang pertama melalui Ketua Kampung Changkat Gohor ketika itu iaitu Tn. Haji Othman Bin Taib.

Hampir 5 tahun warga TRJ menunggu kemunculan kemudahan Surau untuk menjalankan aktiviti keagamaan, maka pada tahun ini warga TRJ mendapat khabar gembira dari pihak yang berkenaan bahawa permohonan itu telah diluluskan dan hanya menunggu masa dan ketika yang sesuai sahaja untuk pembinaannya.  


Kertas Cadangan Terkini:

NUR HIDAYAH DARI YANG MAHA ESA MEMBUKAKAN HATI PENDUDUK MUSLIM DI TAMAN RENGAS JAYA, PADANG RENGAS,
UNTUK MEMPUNYAI SEBUAH SURAU




KERTAS CADANGAN


PENGENALAN

Taman Rengas Jaya merupakan sebuah taman perumahan teres kos sederhana  dibangunkan  sekitar Tahun 2002 yang mempunyai 102 unit rumah (21 rumah kedai & 81 rumah teres), penduduknya seramai lebih kurang 500 orang majoriti muslim, bersebelahan dengan beberapa taman perumahan lain seperti Taman Seri Permai, Taman Rengas Indah dan Taman Rengas Mewah yang sedang dalam pembinaan,  kesemua taman-taman  ini tidak mempunyai kemudahan surau.  Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga  sedang membina sebuah stesyen yang baru berhampiran dengan taman ini untuk kawasan Padang Rengas mengantikan stesyen lamanya bagi menampung keperluan Landasan Berkembar Elektrik oleh  Syarikat MMC-GAMUDA Joint Venture.

MATLAMAT

Sekarang ini segala aktiviti keagamaan seperti kelas mengaji Al-Quran kanak-kanak dan kelas Pengajian Agama untuk kaum wanita terpaksa berpindah randah dari satu rumah ke satu rumah yang lain mengikut giliran yang diadakan setiap malam bagi kelas Al-Quran dan setiap minggu untuk kelas Pengajian Agama, yang pasti dengan adanya sebuah surau di taman ini kelak segala masalah itu dapat diselesaikan.  Untuk kaum bapa pula dapatlah mengadakan sembahyang fardu secara berjamaah.

OBJEKTIF

Objektif lain adalah seperti berikut:-

  1. Dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama penduduk.
  2. Penduduk taman-taman berhampiran boleh sama-sama menggunakan kemudahan surau tersebut.
  3. Boleh mengadakan program keagamaan secara bersepadu dengan penduduk-penduduk taman yang lain.
  4. Aktiviti-aktiviti keagamaan boleh dibuat secara bermuafakat dan terancang.

KOS PEMBINAAN

Jawatankuasa Badan Kebajikan Dan Keselamatan Penduduk-Penduduk Perumahan Taman Rengas Jaya akur dengan usul yang dilulus sebulat suara ahli-ahli melalui Mesyuarat Agung yang lalu untuk mendirikan sebuah surau  dan akan bekerja keras  mendapatkan peruntukan yang dianggarkan lebih kurang  RM200,000.00 ( Ringgit Malaysia: Dua Ratus Ribu ) daripada peruntukan Wakil-wakil  Rakyat,  Badan Koporat, Jabatan Kerajaan berkenaan, Penaja, Dermawan  dan orang perseorangan yang budiman.   Kelulusan dari pihak Jabatan Agama Islam Perak sedang diuruskan untuk mendapatkan kebenaran memungut derma/ kutipan khairat untuk tujuan tersebut.

LOKASI/ TAPAK
Tapak Untuk Pembinaan Surau Yang Telah Digazetkan
 Sebidang tanah Lot No.105 yang telah direzabkan sebagai tapak surau seluas 513m2 (80x65 kaki) bersebelahan dengan ibu sawat TNB dan loji kumbahan IWK. Tapak cadangan ini juga berhadapan dengan jalan besar menuju ke stesyen KTMB apabila  siap pembinaannya kelak.


PENUTUP

Doa dan harapan seluruh penduduk agar usaha murni ini mendapat keberkatan dariNya dan impian menjadi kenyataan.  INSYAALLAH.

Sekian,  Wasallam.

Saya yang menjalankan amanah,


( SAMSUDIN BIN ABDULLAH, P.P.T. )
Pengerusi.




Berikut adalah diantara beberapa contoh surat permohonan bagi mendapatkan kemudahan surau tersebut di TRJ.




Surat Jawapan Yang Diterima:-




Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Pengerusi dan Jawatankuasa baru yang telah berjaya dalam permohonan mendapatkan kemudahan surau TRJ.  Semoga dengan adanya surau tersbut nanti, ianya akan memberikan semangat baru untuk warga TRJ menjalankan kewajipan keagamaan dengan lebih sempurna.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan