SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Khamis, 5 Ogos 2010

GOTONG ROYONG BERSAMA PENDUDUK TRJ & MPKK

Oleh: PYK
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.  Pada 8 Ogos, 2010 iaitu pada hari ahad, satu aktiviti gotong royong membersihkan kawasan taman melibatkan semua penduduk, akan diadakan di TRJ.  Aktiviti ini akan bemula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.  Ianya juga melibatkan agensi kerajaan yang dijemput bersama untuk menjayakannya iaitu Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK).  Selepas aktiviti gotong royong membersihkan kawasan taman, semua penduduk dijemput ke jamuan makan tengahari yang disediakan sempena menyambut ketibaan Bulan Ramadhan Al-Mubarak di perkarangan Rumah Tuan Pengerusi TRJ iaitu di No 61.


Notis Gotong Goyong.

Kepada Semua Penduduk
Perumahan TRJ
Padang Rengas Perak.

Tuan/Puan,

AKTIVITI GOTONG ROYONG BERSAMA PENDUDUK PENDUDUK TAMAN RENGAS JAYA, PADANG RENGAS PERAK PADA 8 OGOS 2010.


Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, melalui Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan dan Keselamatan Penduduk Perumahan Taman Rengas Jaya Kali ke-2 pada 31 Julai 2010 yang lalu, mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan aktiviti gotong royong seperti berikut:-

Tarikh : 08hb. Ogos, 2010.
Masa : Jam 8.00 Pagi.
Tempat : Kawasan Perumahan Taman Rengas Jaya, Padang Rengas.



3. Sehubungan dengan itu juga, mesyuarat telah memutuskan untuk memohon bantuan dari pihak MPKK agar dapat memberikan khidmat tenaga kerja dan jentera penyembur air bagi tujuan membersih longkang longkang yang tersumbat.

Kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak tuan/puan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. Terima Kasih.


“ MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT ”

Saya yang menjalankan amanah,



( NOR FAIZAH BT. ABD RASID )
Setiausaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan