Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Amanjaya.
Sepertimana tahun-tahun yang lalu, pada tahun ini juga Perak-Hanjoong Simen Sdn Bhd Padang Rengas Perak mengadakan majlis penyampaian sumbangan untuk majlis berbuka puasa kepada 22 buah Masjid san Surau di sekitar Padang Rengas termasuklah Balai Polis Padang Rengas.
Majlis penyampaian tersebut telah diadakan pada hari ini 27 Jun, 2013 bertempat di Dewan Belia Padang Rengas kepada semua Pengerusi atau wakil Pengerusi Masjid dan Surau. Surau Nur Al Hidayah Taman Rengas Jaya telah diwakili oleh Setiausahanya merangkap Setiausaha Badan iaitu En. Kamarul Zaman Bin Yaakub.
Pengerusi dan wakil Pengerusi Masjid dan Surau yang hadir ke majlis ini ialah seramai 17 orang manakala 5 orang lagi tidak dapat hadir kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan.
Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis penyampaian tersebut berjalan.
![]() |
Surat Jemputan Daripada Perak-Hanjoong Simen |
![]() |
Majlis Dimulakan Dengan Bacaan Doa |
![]() |
Ucapan Pengerusi Majlis EN Shahrul Kamal |
![]() |
Ucapan Pengurus Besar PHS En. Nasir |
![]() |
Ucapan Pengarah PHS |
![]() |
Pengerusi Surau Aminatullah Khalilullah En. Hamidon Othman |
![]() |
Sumbangan Untuk Surau Nur Al Hidayah TRJ |
Majlis Berakhir Pada Pukul 6.00 pm
Sekian.
Dicatit Oleh:
Setiausaha Badan |