SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Sabtu, 18 September 2010

PROGRAM MALAM DAN PAGI HARI RAYA AIDILFITRI

Photobucket
..... Dan Salam Sejahtera untuk semua.  Alhamdulillah, sepertimana yang telah dirancangkan, majlis tahlil pada malam dan pagi hari raya aidilfitri berjalan  dengan lancar.  Sebanyak 10 buah rumah telah dikunjungi oleh ahli-ahli dan penduduk TRJ "yang tidak balik kampung" untuk tujuan bertahlil disamping membuat kutipan derma bagi menampung kekurangan kos pengurusan dan pentadbiran Surau Baru TRJ.  (Kebanyakan penduduk TRJ yang menyewa dan ahli yang berasal dari tempat lain, pulang ke kampung untuk berhari raya bersama keluarga masing masing). Jumlah kutipan yang dapat dikumpulkan dalam majlis tersebut ialah sebanyak RM528.00 dan telah diserahkan oleh Pengerusi TRJ kepada Bendahari pada 14.9.2010.  Setakat semalam, (17.9.2010) jumlah keseluruhan kutipan derma surau yang terkumpul ialah sebanyak RM1138.00 dan masih memerlukan tambahan sebanyak RM48862.00.  Jawatankuasa TRJ dengan kerjasama ahli dan penduduk akan cuba meningkatkan usaha membuat kutipan derma surau untuk menampung kekurangan tesebut.  Kepada ahli ahli, penduduk dan orang awam yang prihatin, sumbangan anda masih diperlukan dan amatlah dialu alukan demi kepentingan dan kebaikan bersama.  Sekian, Wassalam. 
Oleh: Bendahari TRJ