SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Khamis, 13 Jun 2013

CADANGAN UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT BANK SIMPANAN NASIONAL DI PADANG RENGAS


SALAM SEJAHTERA, SALAM 1MALAYSIA DAN SALAM PERAK AMANJAYA.

Untuk makluman semua Ahli dan Penduduk Taman Rengas Jaya Padang Rengas Perak; bahawa sekiranya keadaan dan situasi mengizinkan, Insya-Allah hajat penduduk-penduduk Padang Rengas amnya untuk mendapatkan perkidmatan BSN Cawangan Padang Rengas akan tercapai.  Namun ianya bergantung kepada keputusan akhir pihak Ibu Pejabat BSN di Kuala Lumpur.

Pada dasarnya tempat/premis untuk dijadikan BSN telah ditawarkan kepada pihak BSN Ipoh melalui surat bertarikh 23 Mei 2013 beralamat di No 13-13A Persiaran Rengas Jaya Padang Rengas dan ianya juga telah mendapat sokongan daripada YB Dato' Seri Nazri Tan Sri Abdul Aziz agar sekurang-kurangnya sebuah bank di Padang Rengas di wujudkan bagi keperluan dan kemudahan penduduk-penduduk kawasan Padang Rengas.  Ini memandangkan keadaan di kawasan Padang Rengas kini jauh lebih maju berbanding sepuluh(10) tahun yang lalu.  Semoga ianya akan menjadi realiti, insya-Allah.


Surat Tawaran Premis



Surat Sokongan YB Dato' Seri Nazri



Oleh
Setiausaha Badan