SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Sabtu, 15 Januari 2011

KELULUSAN PERMOHONAN MENGUTIP DERMA KHAIRAT SURAU



Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Kutipan Derma surau secara rasminya telah diluluskan pada 30 Disember 2010 yang lalu dan dijangka dalam masa terdekat ini, pihak AJK Surau dan AJK BKDKPP TRJ akan memulakan kutipan secara menyeluruh bagi menampung perbelanjaan pembinaan tambahan surau, stor dan kelengkapan peralatan surau.  Seramai 13 orang AJK Surau merangkap AJK BKDKPP TRJ yang akan terlibat secara langsung dalam kutipan ini.  Diharap tuan/puan dapatlah kiranya memberikan kerjasama dan sumbangan kepada mereka yang terlibat dengan kutipan khairat surau TRJ ini.

Contoh Surat Kelulusan, Permit Kutipan Kebenaran Dan Kad Kutipan Khairat Surau (Derma) 

Permit Kebenaran Memungut Wang Khairat Surau
Kad Kutipan Wang Khairat Surau

Sekian, untuk makluman.
Wassalam.

Oleh: Bendahari.

Selasa, 11 Januari 2011

TERKINI: SURAU TRJ SIAP 95%

Salam sejahtera dan salam bersua kembali dalam coretan mingguan TRJ.  Alhamdulillah..... sepertimana yang semua maklum bahawa, pembinaan Surau TRJ kini hampir siap sepenuhnya.  Cuma tinggal 5% sahaja lagi untuk kerja-kerja penyelenggaraan bangunan dan tapak pembinaan serta pembersihan surau masih berjalan.

Berikut adalah gambar terbaru surau TRJ.


Pandangan Sisi Kanan

Pandang Belakang

Pandangan Sisi Kiri


Pandangan Pintu Masuk Utama

Pandangan Sisi Depan Surau

Tempat Mengambil Wuduk Lelaki

Sumbangan dan derma dari pihak tuan/puan masih diperlukan dan seperti biasa ianya bolehlah disalurkan melalui akaun Maybank atas nama BKDKPP Taman Rengas Jaya, no akaun 5580 9701 2095 atau terus kepada Bendahari Surau TRJ merangkap Bendahari BKDKPP TRJ.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.