SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Rabu, 2 Januari 2013

Selamat Kembali Dan Memulakan Alam Pesekolahan 2013

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.

Seperti biasa, setiap awal tahun sesi persekolahan pun bermula.  Berbagai lagak, ragam, telatah dan gaya mereka dapat kita lihat terutamanya bagi anak-anak yang baru memulakan alam persekolahan.

Kepada anak-anak warga TRJ dan anak-anak warga Malaysia yang baru memulakan alam persekolahan samada di TBK Kemas, Pra-Sekolah, Pasti, Taska, Taski dan sebagainya termasuk pelajar yang baru memulakan persekolahan dalam tahun 1, kami barisan Jawatankuasa BKDKPP Taman Rengas Jaya Padang Rengas ingin mengucapkan Selamat Memulakan Sesi Persekolahan bagi tahun 2013.  Semoga anak-anak kita ini akan mendapat taufik dan hidayah serta dapat mennyesuaikan diri mereka dihari pertama persekolahan dan seterusnya dihari-hari mendatang.

Kepada ibu bapa pula, sudah semestinya masa beginilah jadual waktu kembali sibuk, perbelanjaan harian dan bulanan kembali bertambah kerana menyediakan keperluan anak-anak yang baru memulakan persekolahan pada hari ini dan semalam bagi negeri Kelantan Terengganu dan Kedah.

Bebanan ibu bapa akan dirasakan agak reda seketika pada 15 Januari 2013 ini kerana anak-anak mereka akan mendapat bantuan persekolahan RM100.00 setiap orang.

Guru-guru juga tidak ketinggalan. Rutin harian mereka juga akan kembali sibuk.  Pagi mendidik anak murid di sekolah, sebelah petang dan malam bersama anak-anak serta suami/isteri masing-masing dirumah.  Yang pasti, tugas warga pendidik ini lebin mencabar kerana berperanan sebagai guru dan ibu bapa samada semasa di sekolah mahupun dirumah.

Apapun, semoga semuanya akan menjalani kehidupan seperti biasa dan menjalankan tugas masing-masing dengan sebaik mungkin tidak kira siapa kita -guru, kerani, doktor, jururawat atau kakitangan awam yang lain serta pekerja swasta, peniaga dan orang awam yang bekerja sendiri waupun yang sudah pencen.  Kita tahu apa tugas kita dan kita jalankanlah amanah itu dengan sebaik mungkin.  Selamat Tahun Baru dan Selamat Memulakan Sesi Persekolah 2013.

Sehingga bersua kembali dilain waktu, jumpa lagi.

Wassalam.
(PYKaza)

Selasa, 1 Januari 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 diucapkan kepada semua Warga TRJ dan penduduk penduduk Malaysia keseluruhannya. Semoga Tahun Baru ini akan membawa seribu keceriaan dan kebaikan serta rahmat kepada kita semua.  Selamat Tahun Baru 2013.
Wassalam.