SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Jumaat, 3 Oktober 2014

PENJELASAN LAPORAN PINDAAN HARGA DAN JENIS BARANG 'GERAN PERSATUAN PENDUDUK' BKDKPP TRJ

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Amanjaya.


Semalam, 2 Oktober 2014, Pegawai dari JPPM telah datang membuat lawatan dan pemeriksaan keatas bantuan barangan yang dibeli melalui penuntukan 'Geran Persatuan Penduduk', di pejabat BKDKPP Taman Rengas Jaya.  Alhamdulillah, walaupun belaku sedikit perubahan kuatiti, senarai barang dan juga harga, namun pada dasarnya dapat diterima kerana ianya bertepatan dengan jumlah keseluruhan geran RM9990.00 dan jenis barang, kuantiti serta harga yang diikrarkan.  Surat penjelasan tersebut telah diserahkan oleh Setiausahan BADAN kepada Wakil JPPM pada hari ini, Jumaaat, 03 Oktober, 2014 jam kurang lebih 10.30 pagi.

Terima kasih kami ucapkan kepada pihak JPPM Negeri Perak diatas sumbangan GERAN tersebut dan terima kasih juga kepada pihak lain yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak langsung.
Sekian.  Wassalam.



Ahad, 29 Jun 2014

SELAMAT BERPUASA

KAMI BARISAN JAWATANKUASA BKDKPP DAN JAWATAN KUASA SURAU NUR AL HIDAYAH TAMAN RENGAS JAYA PADANG RENGAS PERAK INGIN MENGUCPAKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA SEMUA PENDUDUK TRJ DAN RAKYAT NEGERI PERAK, JUGA WARGA MALAYSIA KESELURUHANNYA.


WASSALAM.

~SU SURAU NUR AL HIDAYAH / BKDKPP TRJ~

Selasa, 17 Jun 2014

PERJUMPAAN DIANTARA JAWATANKUASA TRJ DENGAN PENGUSAHA LADANG JAGUNG MADU

Assalamualaikum......
Dimaklumkan bahawa, satu perjumpaan diantara Jatankuasa BKDKPP-Taman Rengas Jaya Padang Rengas Perak yang diwakili oleh En. Sanushi Bin shahariman selaku Pengerusi TRJ, En. Kamarul Zaman Bin Yaakub selaku Setiausaha TRJ serta En. Zainuddin Bin Itam Mohd Nor AJK TRJ, En. Miyor Nordin Bin Abd Talib wakil dari Taman Seri Permai, Ketua Kampung Changkat Gohor En. Mat Said Bin Amin, Tn. Hj. Belia Bin Hj Ismail Ketua Kampung Paya Panjang dan En. Shahini Bin Abu Bakar Ketua Kampung Setor bersama 4 orang Wakil Pengusaha Ladang Jagung Madu bertempat di Restoran BJM Maju, No. 1, Persiaran Rengas Jaya, Taman Rengas Jaya, 33700 Padang Rengas Perak.

Pertemua ini adalah berkenaan dengan rancangan penanaman semula jagung di tapak yang sama oleh Pengusaha tersebut dan mencari penyelesaian mengenai gangguan bau busuk dan serangan lalat ke kawasan taman  perumahan akibat penggunaan baja 'tahi ayam' di ladang tersebut yang boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati oleh penduduk taman perumahan dan penduduk sekitar kawasan tanaman terlibat.

Melalui pertemuan ini, masalah yang lalu dianggap selesai dengan permohonan maaf secara terbauka oleh pengusaha ladang tersebut kepada Wakil yang hadir serta penduduk-penduduk taman yang terlibat diatas kesulitan dan gangguan yang dialami oleh semua penduduk di kawasan sekeliling Ladang Jagung tersebut yangmana 'terpaksa' menghidu bau busuk dan 'mendapat' serangan lalat semasa tanaman jagung yang pertama dahulu.  Beliau juga menafikan menggunakan campuran baja 'tahi khinzir' sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak sebaliknya menyatakan hanya menggunakan baja tahi ayam sahaja.

Beliau mengakui dan berjanji akan mengganti dan menggunakan baja 'organik' sahaja yang tidak akan mendatangkan masalah bau busuk 'keterlaluan' dan juga tidak akan mengundang serangan lalat kepada penduduk taman perumahan terutamanya kedai-kedai makan yang berdekatan dengan ladang jagung tersebut. Beliau juga telah menunjukkan contoh baja organik yang akan digunakan nanti dalam tanaman semula jagung yang seterusnya.

Manakala mengenai aduan Jawatankuasa Badan melalui Pejabat Daerah Kuala Kangsar, bahawa kilang papan yang juga kepunyaan beliau yang melepaskan asap hitam di waktu malam, juga telah diselesaikan dengan memindahkan operasi memasak kayu dan pembakaran ke suatu kawasan lain yang lebih selamat setelah dinasihatkan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. (berpandukan aduan yang telah dibuat).

Perjumpaan tersebut bermula pada jam 3.05 petang hingga jam 3.45 petang.



Sekian untuk makluman.



Wassalam.

Ahad, 15 Jun 2014

GOTONG-ROYONG MEMBERSIH SURAU NUR AL HIDAYAH TRJ & JAMUAN SAMBUTAN BULAN PUASA

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR AKTIVITI GOTONG ROYONG MEMBERSIH SURAU DAN
MAKAN TENGAHARI SEMPENA SAMBUTAN BULAN RAMADHAN AL MUBARAK 1435H.

















































































SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA 1435H
PADA 29 JUN 2014 BERSAMAAN 1 RAMADHAN 1435H.


WASSALAM.
~Setiausaha~