SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Sabtu, 9 Mac 2013

MESYUARAT AGUNG KALI KE 6 SESI 2013/2014

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya. Hari ini 9 Mac, 2013 Jam 9.00 malam bertempat di Perkarangan Surau Nur Al Hidayah telah berlangsungnya Majlis Jamuan Mesra Penduduk dan Mesyuarat Agung Kali Ke-6 bagi Sesi 2013/2014 BKDKPP Taman Rengas Jaya, Padang Rengas, Perak.

Aturcara Majlis:
1. 09.00-09.30 Malam  -Kehadiran Ahli/Penduduk TRJ/Jemputan.
2. 09.30-09.35 Malam  -Ucapan Alu-Aluan Pengerusi Majlis.
3. 09.35-09.40 Malam  -Bacaan Doa Oleh Pengerusi Surau TRJ.
4. 09.40-09.50 Malam  -Ucapan Pengerusi BKDKPP Sesi 2012/2013.
5. 09.50-11.20 Malam  -Mesyuarat Berlangsung
6. 11.20-11.50 Malam  -Jamuan Dan Bersurai.


Mesyuarat dimulakan dengan En. Kamarul Zaman mencadangkan agar Pn. Nor Faizah Binti Abd Rasid dilantik sebagai pengerusi majlis bagi mengendalikan mesyuarat agung kali ke-6.  Cadangan ini mendapat sokongan sebulat suara dari ahli yang hadir.



Seterusnya YM Raja Ahmad Bin Raja Ludin selaku Pengerusi BKDKPP TRJ sesi 2012/2013 mengucapkan salam dan memberikan ucapan.  Beliau merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli yang terdiri daipada semua kaum: melayu, india dan cina yang dapat hadir dan meluangkan masa ke mesyuarat agung kali ke-6 ini.  Beliau mengharapkan agar perpaduan yang terjalin diantara semua ahli dan penduduk TRJ tidak kira bangsa akan berkekalan dan bertambah baik dari semasa ke semasa dan memberikan kerjasama serta berganding bahu bersama dalam menjalankan aktiviti dan program Badan demi kebaikan bersama.



Pengerusi majlis selaku Setiusaha Badan, membentangkan minit mesyuarat  agung yang lalu dan laporan tahunan bagi tahun 2012-2013 dan telah disahkan dan diterima sebulat suara.



En. Rosli Bin Abu Hassan pula membentang penyata kewangan yang berakhir pada 31.12.2012 dan ianya juga telah disah dan diterima sebulat suara.



Majlis diteruskan lagi dengan memilih jawatankuasa baru bagi menerajui BKDKPP TRJ untuk sesi 2013-2014.



Berikut adalah senarai AJK baru yang telah dipilih bagi sesi 2013-2014.      

Pengerusi:

YM RAJA AHMAD BIN RAJA LUDIN


Penolong Pengerusi:
EN. SANUSHI BIN SHAHARIMAN


Setiausaha:
EN. KAMARUL ZAMAN BIN YAAKUB


Penolong Setiausaha:
PN. NOR AZMAH BINTI AWANG MINHAJ


Bendahari:
EN. ROSLI BIN ABU HASSAN

AJK:


EN. MOHAMAD BIN HJ. RAZALI


EN. ZAINUDDIN BIN ITAM MOHD NOR



EN. SALMISOM BIN ANJANG OTHMAN


EN. JASNI BIN MOHD ZAIN


EN. JALIL BIN ALANG @ JAMAL


EN. NAGARAJAN A/L SHANMUGAM



PN. ASIAH BINTI NORDIN



Pemeriksa Kira-Kira:


EN. RIDZUAN BIN ABDULLAH


PN. SALEHA BINTI OSMAN



Mesyuarat diteruskan lagi dengan membentang dan membahaskan usul.  Mesyuarat telah menerima usul daripada 3 orang ahli untuk dibentang dan dibahaskan.

Pn. Nor Faizah Binti Abd Rasid membawa 8 usul iaitu:-
1. Mengharapkan jawatan kuasa dan ahli mempergiatkan promosi untuk menarik ahli baru.

2. Menganjurkan gotong royong 2 kali setahun.

3. Mengujudkan dan menganjurkan program bersama semua kaum seperti Hari Raya, Sambutan Bulan Kemerdekaan , Hari Bapa/Hari Ibu, Hari Kanak-kanak Sedunia, Hari Wanita dan Hari Keluarga.

4. Sumbangan kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan awam.

5. Mengadakan pertandingan kebersihan rumah.

6. Menambahbaik taman permainan kanak-kanak yang sedia ada

7. Membaikpulih tanda nama taman dan jalan dan

8. Semua ahli disaran agar mengamalkan slogan "BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH".

En. Kamarul Zaman Bin Yaakub pula membawa 4 iaitu:-
1. Menyarankan agar semua ahli jawatankuasa akan merangkap jawatankuasa Surau Nur Al Hidayah bagi memudahkan pengurusan dan pentadbiran diselaraskan.  Jawatan kuasa surau akan diletakkan dibawah kendalian Biro Agama.  Biro ini akan diketuai oleh AJK Badan iaitu ketua Biro Agama yang juga bertindak selaku Pengerusi Surau. 

2. AJK disaran menghidupkan kembali khairat kematian/sumbangan kematian kepada ahli dan keluarga dan ibu bapa serta ibu bapa mertua. Begitu juga dengan sumbangan perkahwinan untuk ahli bujang dan anak-anak ahli yang melangsungkan perkahwinan untuk kali pertama.

3. Memberi sumbangan sebagai galakan kepada anak-anak ahli yang berjaya didalam peperiksaan UPSR(3A2B keatas), PMR SPM (5A3B keatas) dan STPM (3A2B).

4. Memohon jasa baik pihak GAMUDA agar menurapkan kembali jalan utama TRJ/keseluruhan jalan TRJ yang terjejas dan rosak akibat Projek Pembinaan Landasan Keretapi Berkembar

dan

En. Nagarajan A/L Shanmugan membawa usul terakhir iaitu:-
1. Memohon Pengerusi dan AJK melaporkan kepada pejabat kesihatan tentang masalah ulat bulu dibelakang rumah dikebanyakan rumah ahli.
2. Membersihkan longkang yang tersumbat dengan mengadakan gotong royong.
3. Memaklumkan kepada pihak MPKK kerana lori sampah tidak mengangkut sampah mengikut jadual seperti biasa dan mengakibatkan lambakan sampah disepan rumah dan berbau busuk.

Semua usul yang dibentangkan diatas telah diterima tanpa bahas dan ianya akan dibincangankan didalam mesyuarat AJK kali Pertama yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Hal-hal Lain.
1. Pn. Nor Faizah ingin mengetahui kedudukan keahlian ahli yang telah berpindah ke tempat lain dan digantikan dengan penghuni baru.  Mesyuarat dimaklumkan bahawa setiap penghuni baru yang ingin menjadi ahli Badan hendaklah membuat bayaran keahlian sebanyak RM10.00 dan bayaran bulanan sebanyak RM2.00 setiap bulan dan perlu dicadangkan keahliannya oleh ahli dan disokong oleh ahli yang lain serta diluluskan dalam mesyuarat AJK.

2. En. Kamarul Zaman pula telah menjelaskan kepada mesyuarat betapa pentingnya ahli membayar yuran bulanan kepada Bendahari sebelum 14 hb pada setiap bulan.  Mana-mana ahli yang gagal berbuat demikian, maka adalah menjadi tanggungjawab Bendahari untuk mengutip yuran tersebut daripada ahli.  Sekiranya ahli gagal membayar yuran selama 2 bulan berturut-turut maka hilanglah keistimewaannya sebagai ahli Badan dan gagal membayar yuran bulanan 3 kali berturut-turut maka keahliannya akan terlucut secara otomatik.  Beliau berharap semua ahli akan menunaikan kewajipan mereka sebagai ahli dengan menjelaskan yuran bulanan seperti yang telah ditetapkan.  Disamping itu beliau juga mengharapkan supaya ahli-ahli boleh mengikuti serta bekerjasama didalam apa jua program yang dirancang dan akan dilaksanakan oleh Badan dimasa akan datang.

Sebelum mesyuarat di tangguhkan, Pengerusi Badan bagi sesi 2013-2014 iaitu YM Raja Ahmad Bin Raja Ludin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi memilih beliau kembali menerajui Badan untuk sesi 2013-2014 dan berjanji akan cuba menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.  Beliau juga mengharapkan agar semua ahli berbilang kaum dapat megekalkan perpaduan yang sekian lama terjalin serta memberikan kerjasama dalam semua program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Badan.

Mesyuarat Agung Kali Ke-6 BKDKPP TRJ telah ditangguhkan pada jam 11.20 malam.

Gambar-gambar sekitar Majlis Jamuan Mesra Penduduk Dan Mesyuarat Agung TRJ Kali Ke-6 2013.

Kain Rentang Makluman Mesyuarat Agung

Gotong royong menyediakan juadah menjamu selera (petang)

Menjamu selera selepas gotong royong

Kehadiran ahli (37/61)
Tandatangan kehadiran ke mesyuarat

Sebahagian ahli mengambil tempat




Mesyuarat bermula


Pengerusi Surau (Ketua Biro Agama) Membacakan Doa

Pengerusi BKDKPP TRJ YM Raja Ahmad Sedang Memberikan Ucapan

Bendahari TRJ, En. Rosli Sedang Membentangkan Penyata Kewangan




Jamuan Selepas Mesyuarat

Juadah Menjamu Selera

Ahli-ahli Sedang Mengambil Hidangan Untuk Menjamu Selera









Kemaskini Oleh:
Kamarul Zaman Bin Yaakub
Setiausaha BKDKPP TRJ2013/2014