SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Isnin, 1 Ogos 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARRAK 1432H

Salam sejahtera dan salam berpuasa untuk semua warga TRJ yang berugama Islam.  Sebagaimana semua maklum, hari ini 1 Ramadhan 1432H bersamaan 1 Ogos 2011 merupakan hari pertama kita umat Islam menunaikan ibadat puasa, insya Allah.  Istimewanya kami warga TRJ berpuasa pada tahun ini ialah dengan adanya surau baru, maka ia juga merupakan kali pertama kami berterawih di surau kami sendiri dengan kehadiran ahli jemaah kurang lebih 100 orang. Insya Allah sepanjang bulan ramadhan ini kami warga TRJ akan menggunakan keperluan yang ada dengan sebaik mungkin.
Malam ini merupakan malam kedua kami beterawih di surau ini dan malam ini jugalah merupakan malam pertama 'More' dan ianya dimulakan dengan YM Raja Ahmad, AJK Surau TRJ.  Malam esok Insya-Allah giliran Pengerusi Surau merangkap Pengerusi TRJ pula yang akan mengadakan more.


Sepertimana tahun lepas, pada tahun ini juga pihak TRJ akan mengadakan gotong royong memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada semua warga TRJ yang berugama islam dibawah kendalian Pak Alang Zainuddin dan rakan-rakan.  Aktiviti ini akan bermula pada hari sabtu, 6 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 2011.


Kepada sesiapa  yang ingin memberikan sumbangan untuk memasak bubur lambuk ini bolehlah menyalurkan sumbangan tersebut ke akaun Maybank TRJ atas nama BKDKPP Taman Rengas Jaya, No. Akaun: 5580 9701 2095 dan maklumkan kepada Bendahari TRJ melalui talian 019-5459487 (En. Kamarul Zaman Yaakub -Kaza).
Wassalam.

Ahad, 22 Mei 2011

GAMBAR GAMBAR DI HARI KESIHATAN:" CERIA TANPA HIPERTENSI"

Assalamualaikum.... Salam 1Malaysia, Salam Perak Aman Jaya.  sepertimana yang telah diwar-warkan, maka hari ini berlangsunglah Hari Kempen Cara Hidup Sihat: Ceria Tanpa Hipertensi".  Perasmian program tersebut telah dilaksanakan oleh YB Dato' Siti Salmah Binti Mat Jusak mewakili YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz yang terpaksa balik ke Kuala Lumpur atas tanggungjawab yang lebih besar yang harus dipenuhi dan bergegas pula ke Hulu Langat untuk meninjau tragedi tanah runtuh yang menimpa Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al Taqwa.  (Takziah diucapkan kepada mangsa yang terlibat.  Kami semua bersimpati keatas apa yang berlaku kepada mereka.  Al-Fatihah kepada mangsa yang meninggal dunia, semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Yang Maha Esa.  Amin....)



Berbalik kepada program yang telah dirancang ini, ianya masih berjalan dengan jayanya tanpa sebarang masalah.  Sambutan daripada penduduk TRJ dan penduduk taman serta kampung sekitar TRJ juga sangat menggalakkan.

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan sekitar program ini berjalan.

Bacaan Doa Oleh IMam 1 Surau Taman Rengas Jaya

Ahli Panel Penerangan Kes Hipertensi

Ah So Memberi Penerangan Tentang Hipertensi Dirinya 

Dari Kiri Pengerusi TRJ En. Samsudin Abdullah, Pengarah Kesihatan
Daerah Kuala Kangsar  Dr Norrina Md Esa, ADUN Chenderoh
Dato' Siti Salmah Mat Jusak dan Salah Seorang Ahli Panel Hipertensi.

Sebahagian Dari Hadirin Yang Bersama-sama Menjayakan Program tersebut

En. Samsudin Abdullah Sedang Menyampaikan Ucapan



Dato' Siti Salmah Binti Mat Jusak Sedang Berucap




Dato' Siti Memotong Riben Sebagai Perasmian Program Ceria Tanpa Hipertensi








Pn Azizah Pemenang Pertama Kuis Kesihatan

Pemenang Ke-3 Kuiz Kesihatan


Dr. Norrina Menyampaikan Cenderahati Kepada Dato' Siti Salamh

Kakitangan Kesihatan Dan Sukarelawan Kesihatan Padang Rengas


























Majlis berakhir pada jam 12.30pm dan semua yang hadir, dijamu dengan makan tengah hari sebelum mereka bersurai.