SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Isnin, 1 Ogos 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARRAK 1432H

Salam sejahtera dan salam berpuasa untuk semua warga TRJ yang berugama Islam.  Sebagaimana semua maklum, hari ini 1 Ramadhan 1432H bersamaan 1 Ogos 2011 merupakan hari pertama kita umat Islam menunaikan ibadat puasa, insya Allah.  Istimewanya kami warga TRJ berpuasa pada tahun ini ialah dengan adanya surau baru, maka ia juga merupakan kali pertama kami berterawih di surau kami sendiri dengan kehadiran ahli jemaah kurang lebih 100 orang. Insya Allah sepanjang bulan ramadhan ini kami warga TRJ akan menggunakan keperluan yang ada dengan sebaik mungkin.
Malam ini merupakan malam kedua kami beterawih di surau ini dan malam ini jugalah merupakan malam pertama 'More' dan ianya dimulakan dengan YM Raja Ahmad, AJK Surau TRJ.  Malam esok Insya-Allah giliran Pengerusi Surau merangkap Pengerusi TRJ pula yang akan mengadakan more.


Sepertimana tahun lepas, pada tahun ini juga pihak TRJ akan mengadakan gotong royong memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada semua warga TRJ yang berugama islam dibawah kendalian Pak Alang Zainuddin dan rakan-rakan.  Aktiviti ini akan bermula pada hari sabtu, 6 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 2011.


Kepada sesiapa  yang ingin memberikan sumbangan untuk memasak bubur lambuk ini bolehlah menyalurkan sumbangan tersebut ke akaun Maybank TRJ atas nama BKDKPP Taman Rengas Jaya, No. Akaun: 5580 9701 2095 dan maklumkan kepada Bendahari TRJ melalui talian 019-5459487 (En. Kamarul Zaman Yaakub -Kaza).
Wassalam.