SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Sabtu, 14 Ogos 2010

GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK

Oleh : PYK
Assalamualaikum, Salam Sejahtera Dan Salam 1TRJ.  Alhamdulillah, sepertimana yang telah dirancang, maka hari ini bermulalah aktiviti pertama dibulan ramadhan di TRJ iaitu gotong royong memasak bubur lambuk yang diketuai oleh Chef Pak Alang.  Difahamkan bubur lambuk ini adalah ala-ala bubur lambuk Kg. Baru, KL.
Kos bagi memasak bubur lambuk ini adalah sumbangan dari penduduk TRJ sendiri.  Adalah yang menyumbang barangan keperluan memasak dan ada yang meghulurkan wang ringgit.  Kerja-kerja menyediakan bahan memasak bubur lambuk ini telah dimulakan seawal jam 10.00pagi.


Berikut adalah sebahagian gambar-gambar sekitar aktiviti memasak bubur lambuk.


Menyediakan Bahan Memasak.


Menyediakan Peralatan Memasak



Acara Memasak Dimulakan
Chef Pak Alang

En. Mohamad


Kak Mah

Bubur Lambuk Sedang Mendidih


En. Jasni

Wakil Dari Penduduk Kg. Changkat Gohor


Naib Pengerusi Mengacau Bubur Lambuk Sambil Pak Alang Menambah Bahan Resepi

Pak Alang Menambah Resepi Kedalam Bubur Lambuk


Bubur Lambuk Yang Sudah Siap Dimasak


Pengerusi Membersihkan Meja Untuk Kerja-Kerja Membungkus

Pak Alang Mencedok Bubur Lambuk Untuk Diberikan Kepada Penghuni TRJ


Bubur Lambuk Dimasukkan Ke Dalam 'Tupperware'


Kerja-Kerja Membungkus Bubur Lambuk Untuk Diagihkan Kepada Penduduk TRJ
Dan Jiran Bersebelahan TRJ (Sekitar Kg. Changkat Gohor, Kg Stor.)

En Jalil Sedang Memasukkan Bubur Lambuk Kedalam Plastik

Bubur Lambuk Siap Dibungkus Untuk Diedarkan

Bubur Lambuk Diagihkan Ke Rumah Penduduk TRJ
 Sekianlah dahulu bicara aktiviti memasak bubur lambuk untuk hari ini.  Jangan lupa esok kita akan bersama lagi dengan menu baru iaitu memasak bubur kacang durian.

Wassalam.

Jumaat, 13 Ogos 2010

SURAU: Sokongan Dari Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Kangsar

Oleh: PYK
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1TRJ.  Bersua kembali dalam bicara Permohonan Surau untuk penduduk TRJ.  Sebelum ini telah dikhabarkan bahawa permohonan surau tersebut pada dasarnya telah diluluskan.  Pada hari ini pula khabar itu telah disahkan dengan kelulusan peruntukan oleh Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM180,000.00 dan melalui  surat sokongan dari Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Kangsar kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak bagi tindakan urusan tapak dan prosedur selanjutnya.




Walaupun peruntukan yang diluluskan tidak mencapai RM200,000.00 sepertimana pada kertas cadangan, namun kami warga TRJ amat berbesar hati dan amat berterimakasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang berwajib dan yang bertanggungjawab sehingga tercapainya impian kami ingin memiliki kemudahan surau di TRJ ini untuk memudahkan penduduk menunaikan tanggungjawab dan mendalami syiar islam dengan lebih selesa.
Wassalam.

Rabu, 11 Ogos 2010

RAMADHAN DATANG LAGI (SELAMAT BERPUASA)

Assalamualaikum, Salam 1TRJ Dan Salam Ramadhan Al-Mubarak Kepada Warga TRJ Padang Rengas.  Sempena Kedatangan Bulan Ramadhan Yang Mulia Ini, Kami Barisan Pimpinan Dan AJK BKDKPPTRJ Ingin Mengucapkan Selamat Berpuasa Kepada Semua Warga TRJ, Semoga Kita Semua Mendapat Berkat Dan Rahmat Dari Yang Maha Esa.

Bulan Ramadhan Ialah Bulan Rahmat, Bulan Nikmat Dan Bulan Keampunan.  Muslim Yang Berpuasa Akan Mendapat Rahmat Dari Allah, Dapat Menikmati Rezeki Yang Melimpah Ruah.  Kepada Peniaga, Inilah Masanya Mereka Mengaut Keuntung Dari Jualan Perniagaan Mereka.  Pengguna Pula Akan Menikmati Perbagai Barangan Dan Makanan Yang Jarang Didapati Pada Hari Kebiasaan Ketika Berbuka. TETAPI INGAT, Jangan Sampai MEMBAZIR!!!.... Dan Pintu Taubat Serta Keampunan Terbuka Untuk Semua Pada Malamnya...... Kerjakanlah Amal Ibadat Semampu Yang Mungkin..... Berdoalah..... Bertaubatlah...... Insya-Allah, Kita Akan Mendapat DaripadaNya.

Wassalam.

Oleh: PakYeopKaza

Ahad, 8 Ogos 2010

GAMBAR SEKITAR AKTIVITI GOTONG ROYONG

Gotong Royong Bermula


Sapu Kasi Bersih Ya Bang!!!

Eh Eh.... Panjat Pulak Dia.  hati-Hati Bang, Nanti Jatuh..... Yang Lain Tengok Jer Ke...

Aii Bang!!! Makin Tinggi Nampak.....
Daun Sudah Disapu, .... Menunggu Dahan Pokok Diangkat Oleh Jengkaut Kedalam Lori



Jengkaut Sedang Menolak Dahan Pokok....


Dan.... Dimasukkan Kedalam Lori Sampah MPKK



Sementara Itu........ Lori Penyembur Air MPKK Bersiap Sedia Untuk Berkhidmat......
Lori Tangki Penyembur Air MPKK




Pekerja MPKK Membersih Longkang Tersumbat


Memancutkan Air Kedalam Longkang



Membersihkan Longkang Utama Menyeberangi Jalan....



Di Dapur Pula.............. Kaum Ibu Dibantu Oleh
Chef Pak Alang Dan Crew-Crewnya........




Bersiap Menyediakan Makanan Untuk Makan Tengahari











Selesai Bergotong Royong, Kamipun Menjamulah Selera Dengan Makan Tengahari Yang Disediakan Oleh Kaum Ibu Dibawah Kendalian Chef Pak Alang.

Oleh : Kaza, Bendahari TRJ