SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Jumaat, 13 Ogos 2010

SURAU: Sokongan Dari Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Kangsar

Oleh: PYK
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1TRJ.  Bersua kembali dalam bicara Permohonan Surau untuk penduduk TRJ.  Sebelum ini telah dikhabarkan bahawa permohonan surau tersebut pada dasarnya telah diluluskan.  Pada hari ini pula khabar itu telah disahkan dengan kelulusan peruntukan oleh Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM180,000.00 dan melalui  surat sokongan dari Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Kangsar kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak bagi tindakan urusan tapak dan prosedur selanjutnya.




Walaupun peruntukan yang diluluskan tidak mencapai RM200,000.00 sepertimana pada kertas cadangan, namun kami warga TRJ amat berbesar hati dan amat berterimakasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang berwajib dan yang bertanggungjawab sehingga tercapainya impian kami ingin memiliki kemudahan surau di TRJ ini untuk memudahkan penduduk menunaikan tanggungjawab dan mendalami syiar islam dengan lebih selesa.
Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan