SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Sabtu, 14 Mei 2011

INSAN PRIHATIN MENYUMBANGKAN 2 UNIT 'AIR-COND' UNTUK SURAU TRJ

Assalamualaikum dan salam ukhwah untuk semua.  Alhamdulillah, dengan keizinan dari Yang Maha Esa maka dapatlah kita bersua kembali di blog TRJ ini.  Diharap semuanya sihat sejahtera dengan limpah kurnia taufik dan hidayah dariNya.

Pada 6 Mei 2001, sekali lagi Jawatankuasa Pembinaan Surau TRJ telah mengadakan mesyuarat AJK kali Ke-2 untuk membincangkan aktiviti surau dan mengemaskini jumlah kutipan tabung surau dari ahli jawatankuasa kutipan.  Dimaklumkan jumlah kutipan keseluruhan tabung surau sehingga 2-5-2011 ialah sebanyak RM12,234.83.

Pada 13 Mei, 2011 Surau TRJ telah menerima sumbangan berupa 2 unit sistem penghawa dingin dari 'insan prihatin' daripada Kuala Lumpur untuk kegunaan khariah Surau di Taman Rengas Jaya.  Dan.... Melalui permuafakatan Jawatankuasa Kutipan Surau, maka 1 unit sistem penghawa dingin ditambah menjadikannya 3 unit untuk melengkapkan keperluan surau sepertimana yang sepatutnya demi keselesaan bersama semua khariah lelaki dan wanita.  Jutaan terima kasih diucapkan kepada 'insan prihatin'.
Ruangan Imam
Ruangan Solat Lelaki
Ruang Solat Wanita
Oleh kerana bulan ramadhan al-mubarrak telah hampir menjelma, maka jawatankuasa surau telah merancang untuk membina ruang makan surau bagi kegunaan untuk majlis berbuka puasa dan juga majlis ilmu yang lain seperti majlis tahlil, bacaan yassin dan 'mengaji' yang diadakan setiap khamis malam jumaat serta hari sabtu malam ahad.

Semoga perancangan ini akan tercapai dalam masa terdekat dan kami masih mengharapkan agar sudilah kiranya saudara saudari muslimin dan muslimat menghulurkan sumbangan untuk tujuan amal dan kepentingan agama demi kebaikan bersama, dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.