SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Khamis, 11 April 2013

KLINIK 1MALAYSIA: KERJA-KERJA UBAHSUAI BERMULA

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.  Pada hari ini, 11 April 2013, telah bermula kerja-kerja pengubahsuaian premis No 3 Persiaran Rengas Jaya untuk dijadikan Klinik 1Malaysia.  Sepertimana yang telah diwar-warkan sebelum ini, Klinik 1Malaysia ini dijangka akan mula beroperasi seawal pertengahan bulan Mei, 2013 ini.


Berikut adalah gambar kerja-kerja ubahsuai premis dijalankan
Asal: Kedai Runcit Rozisma yang akan dijadikan Klinik 1Malaysia





Dicatat Oleh:
Setiausaha Badan






Rabu, 10 April 2013

ULAT BULU: MASALAH SAMA DI TEMPAT YANG BERBEZA


Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.
Pada 6 April yang lalu, kami Jawatankuasa TRJ telah menerima aduan bahawa masalah ulat bulu kembali 'timbul' selepas 3 minggu operasi menyembur racun serangga dilakukan oleh pihak Unit Vektor Pejabat Kesihatan Kuala Kangsar iaitu pada 18 Mac, 2013 yang lalu.  Namun masalah ini timbul di tempat yang berbeza iaitu di blok bahagian tengah (No. 62 - 65) Taman Rengas Jaya.
Atas tanggungjawab yang digalas, maka pada hari ini 10 April, 2013 sekali lagi Pengerusi bersama-sama dengan Pen. Pengerusi Badan Kebajikan Dan Keselamatan Penduduk Perumahan Taman Rengas Jaya iaitu YM Yaja Ahmad Bin Raja Ludin dan En. Sanushi Bin Shahariman telah memaklumkan masalah tersebut kepada Pn. Izzati secara bersemuka di pejabatnya. Beliau berjanji akan cuba menyelesaikan masalah tersebut dalam masa terdekat.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang telah dirakamkan oleh Setiausaha pada 9 April, 2013.





Sekian.



Setiausaha Badan