SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Rabu, 10 Julai 2013

SELAMAT BERPUASA

 Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Amanjaya.


Sempena ketibaan bulan Ramadhan yang mulia ini, KAMI barisan Jawatankuasa Badan Kebajikan Dan Keselamatan Penduduk & Jawatankuasa Surau Nur Al Hidayah Taman Rengas Jaya Padang Rengas, mengucapkan Selamat Berpuasa kepada SEMUA warga Taman, Penduduk Padang Rengas, Warga Perak seterusnya Warga Malaysia dengan ucapan

"SELAMAT BERPUASA"

Sempena menyambut bulan puasa juga, pada hari sabtu 6 Julai, 2013 yang lalu Jawatankuasa Surau & Jawatankuasa Badan telah menganjurkan Gotong Royong membersih Surau dan kawasan surau serta Jamuan Mesra Sambutan Bulan Ramadhan.

Berikut ialah beberapa gambar semasa aktiviti gotong royong berjalan.

Sarapan Pagi








Kerja Gotong Royong Bermula












Kaum Wanita Bergotong Royong Memasak Makanan Tengahari




















Tahlil Dan Bacaan Doa Selamat Oleh Pengerusi Surau



Makan Tengahari










Sekian


Catatan:
SU Badan / SU Surau