SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Khamis, 19 Ogos 2010

RUMAH RETAK: MMC-GAMUDA JV AMBIL TANGGUNGJAWAB

Salam Sejahtera dan Salam 1TRJ.  Bertemu lagi dalam ruangan bicara TRJ.  Sepertimana yang dimaklumkan oleh penghuni TRJ berkenaan keretakan pada rumah mereka akibat pembinaan jejantas laluan motosikal dan pejalan kaki, Pihak MMC-Gamuda JV hari telah membuat lawatan ke tempat dan rumah yang berkenaan.  Melalui perbincangan daintara pihak Gamuda dengan wakil penduduk yang diketuai oleh Pengerusi, Naib Pengerusi dan Bendahari TRJ, mereka akan membaiki segala kerosakan yang dialami oleh penduduk akibat dari kerja-kerja 'piling' dan pembinaan jejantas tersebut.


Gambar Sekitar Lawatan En. Johari Dan En Chandra ke Sebahagian Daripada
Rumah-Rumah Yang Terlibat.

Rumah Pengerusi


 Rumah Pak Alang


Rumah Bendahari
Mengikut persetujuan dari penduduk dan juga pihak kontraktor, maka kerja-kerja pembaikan kerosakan tersebut akan dimulakan pada seawal hari isnin 23-8-2010 dan berlanjutan sehingga selepas menyambut hari raya aidil fitri.  Sekian.


Terkini: 30.08.2010.

Sepertimana yang telah dijanjikan, pihak yang berkenaan telah menjalankan kerja-kerja pembaikan bermula isnin 23.08.2010 hingga sabtu 28.08.2010. Rumah-rumah yang terlibat ialah No 60, 61, 62. Sementara rumah-rumah yang lain akan diperbaiki selepas menyambut Hari Raya Aidil Fitri.










 



Oleh : PYK

Isnin, 16 Ogos 2010

SURAU: Pengesahan Kelulusan Tapak Surau & Plan Surau

Salam Sejahtera Dan Salam 1TRJ.  Bersua kembali dalam bicara Surau TRJ.  Sepertimana yang kita semua telah maklum bahawa, peruntukan bagi pembinaan surau TRJ oleh Jabatan Perdana Menteri ialah sebanyak RM180,000.00 iaitu dalam pecahan RM150,000.00 bagi pembinaan surau dan RM30,000.00 untuk membina pagar.  Dalam perkiraan mengikut keperluan asal iaitu sebanyak RM200,000.00 bagi membina surau sahaja, kita masih memerlukan bantuan derma dan sumbangan dari semua pihak sebanyak RM50,000.00 lagi termasuk urusan pentadbirannya.

Dibawah ini disertakan sekali bukti kelulusan tanah yang dirizabkan untuk pembinaan surau yang telah diputuskan pada tahun 2007 yang lalu bersama dengan plan bagi pembinaan surau TRJ.




Plan Model Surau TRJ








Apa yang menjadikan keutamaan bagi Pihak Jawatankuasa TRJ ialah: mengharapkan kepada semua muslimin dan muslimat yang budiman, para dermawan dan badan-badan korporat dapatlah kiranya memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan bagi menjayakan pembinaan surau TRJ ini demi kepentingan dan kebaikan umat islam dalam menjalankan ibadah kepada Yang Maha Esa melalui perbagai kegiatan keagamaan yang bakal menyusul nanti di surau TRJ ini.


Sekalung Tahniah dan Ucapan Jutaan Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat Dalam Menjayakan Misi Bagi Membina Surau Di TRJ Ini.







Oleh: PYK Bendahari Surau TRJ

KERJA-KERJA MENCANTAS (TRIM) POKOK OLEH MPKK

Salam 1TRJ.  Bertindak keatas aduan penduduk TRJ melalui Pengerusinya En. Samsudin Bin Abdullah, maka semalam (15-8-2010) pihak MPKK telah menghantar pasukan bergerak untuk mencantas (trim) mana-mana pokok yang boleh mengganggu penglihatan dan menghalang pemandangan ke TRJ terutamanya premis-premis perniagaan dibahagian depan TRJ.  Dengan menggunakan mesin gergaji pemotong kayu bersama 6 kakitangan dan 2 buah lori pengangkut sampah, maka kerja-kerja tersebut telah selesai dijalankan.


PEMANDANG POKOK SEBELUM DICANTAS





KERJA KERJA MENCANTAS DIJALANKAN




Pokok Yang Dicatas Dimasukkan Ke Dalam Lori



PEMANDANGAN SELEPAS POKOK DICANTAS





 

Terima kasih diucapkan kepada pihak berkuasa/pentadbir MPKK.



Oleh: PYK Bendahari TRJ

Ahad, 15 Ogos 2010

AKTIVITI BULAN PUASA: MASAK BUBUR KACANG

Salam 1TRJ.  Sepertimana yang dirancangkan, pada hari ini aktiviti memasak bubur kacang diteruskan.  Cuma yang terlibat dalam memasak bubur kacang ini hanyalah beberapa orang sahaja dibawah kelolaan Chef Pak Alang.  Walaubagaimanapun ianya berjalan dengan lancar.  Seperti juga bubur lambuk, bubur kacang yang dimasak pada hari ini ialah 2 periuk dan ianya diagihkan kepada penduduk TRJ dan jiran-jiran bersebelahan.

YM Raja Ahmad Sedang Mengacau Bubur Kacang

Bubur Kacang Hampir Masak

Siap Dimasak
Maka selesailah aktiviti memasak bubur lambuk dan bubur kacang untuk minggu pertama di bulan puasa.  Semoga bersua lagi dalam bicara aktiviti bulan puasa di minggu akan datang.




Oleh : PYK