SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Isnin, 16 Ogos 2010

SURAU: Pengesahan Kelulusan Tapak Surau & Plan Surau

Salam Sejahtera Dan Salam 1TRJ.  Bersua kembali dalam bicara Surau TRJ.  Sepertimana yang kita semua telah maklum bahawa, peruntukan bagi pembinaan surau TRJ oleh Jabatan Perdana Menteri ialah sebanyak RM180,000.00 iaitu dalam pecahan RM150,000.00 bagi pembinaan surau dan RM30,000.00 untuk membina pagar.  Dalam perkiraan mengikut keperluan asal iaitu sebanyak RM200,000.00 bagi membina surau sahaja, kita masih memerlukan bantuan derma dan sumbangan dari semua pihak sebanyak RM50,000.00 lagi termasuk urusan pentadbirannya.

Dibawah ini disertakan sekali bukti kelulusan tanah yang dirizabkan untuk pembinaan surau yang telah diputuskan pada tahun 2007 yang lalu bersama dengan plan bagi pembinaan surau TRJ.




Plan Model Surau TRJ








Apa yang menjadikan keutamaan bagi Pihak Jawatankuasa TRJ ialah: mengharapkan kepada semua muslimin dan muslimat yang budiman, para dermawan dan badan-badan korporat dapatlah kiranya memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan bagi menjayakan pembinaan surau TRJ ini demi kepentingan dan kebaikan umat islam dalam menjalankan ibadah kepada Yang Maha Esa melalui perbagai kegiatan keagamaan yang bakal menyusul nanti di surau TRJ ini.


Sekalung Tahniah dan Ucapan Jutaan Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat Dalam Menjayakan Misi Bagi Membina Surau Di TRJ Ini.







Oleh: PYK Bendahari Surau TRJ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan