SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Selasa, 19 Oktober 2010

Ucapan Terima Kasih Kepada Sahabat-Sahabat Yang Prihatin...

Dan Salam Sejahtera kepada semua warga TRJ, Pengunjung blog TRJ, sahabat handai dan rakan taulan yang masih mengingati dan menghargai nilai satu ikatan persahabatan.  Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta rahmat dariNya maka saya masih berada disini bersama-sama warga TRJ yang akan sama-sama mengimarakkan lagi Surau Baru yang bakal menjelma, Insya-Allah seawal bulan Januari, 2011.  Kepada rakan-rakan yang telah memberikan sumbangan kepada tabung Surau Taman Rengas Jaya, kami AJK BKDKPP Taman Rengas Jaya / Jawatankuasa Surau mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.  Semoga sumbangan derma kalian semua akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dan akan mendapat berkat dan keredhoan Allah SWT jua hendaknya.

Terharu dengan sumbangan yang dihulurkan kalian bagi menjayakan dan menegakkan seruan Ilahi melalui pembinaan surau ini.  Ada yang sanggup menyumbang sebesar RM1000.00, RM200.00, RM100.00, RM30.00, RM10.00, RM6.00, RM5.00, RM3.00 RM2.00 dan sekurang-kurangnya RM1.00.

Bagi kami AJK TRJ Surau TRJ, ianya amat bermakna sekali tak kira berapa jumlahnya asalkan kita sama-sama sanggup menyumbang untuk berjuang ke jalan Allah.

Semoga Kita semua mendapat Keberkatan yang berpanjangan Dari Yang Maha Esa.  Insya-Allah.

Terima kasih sekali lagi.

Wassalam.
Oleh: Kaza, Bendahari TRJ