SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Selasa, 29 Januari 2013

PENDUDUK TRJ BERSAMA KRT PADANG RENGAS DALAM SRS

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.

Membuka lebaran baru tahun 2013, penduduk Taman Rengas Jaya yang merupakan ahli KRT akan terus menjalankan tugas rondaan melalui Skim Rondaan Sukarela(SRS) bersama-sama penduduk Taman Permai dan penduduk Pekan Padang Rengas(juga ahli KRT Padang Rengas).

Pada tahun ini, 3 orang ahli KRT dari TRJ telah terpilih dalam Jawatankuasa KRT Padang Rengas.  Beliau ialah En. Kamarul Zaman Bin Yaakub sebagai Setiausaha KRT yang baru dan YM Raja Ahmad Bin Raja Ludin serta En. Sanushi Bin Shahariman sebagai AJK KRT Padang Rengas.

Mesyuarat pertama KRT Padang Rengas akan diadakan pada 30 Januari, 2013 ini jam 8.30 malam di Dewan Belia Padang Rengas.  Dalam mesyuarat itu nanti, Pengerusi lama KRT iaitu En. Abdul Hadi Bin Hj. Khairuddin dan Setiausaha lama En. Khairam Bin Arshad akan menyerahkan tugas masing-masing kepada Pengerusi baru iaitu En. Shahrul Kamal Bin Ahmad Anwar serta Setiausahanya En. Kamarul Zaman Bin Yaakub.

Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa KRT Padang Rengas 2013/2014.


1

Shahrul Kamal Bin Ahmad Anwar

Pengerusi
2
Berlia Bin Hj. Ismail
Naib Pengerusi
3
Kamarul Zaman Bin Yaakub
Setiausaha
4
Shahini Bin Hj. Abu Bakar
Pen. Petiausaha
5
Santi A/P Rengaiah
Bendahari
6
Abdul Hadi Bin Hj. Khairuddin
AJK
7
Khairam Bin Arshad
AJK
8
Abd Halim Bin Ngah Ramly
AJK
9
Sanushi Bin Shahariman
AJK
10
Raja Ahmad Bin Raja Ludin
AJK
11
Mohd Rodzali Bin Omar
AJK
12
Goh Yew Jing
AJK
13
Heong Keen Wah
AJK
14
See Wai Tuck
AJK
15
Ang Khim Kee
AJK
16
Then Pow Chien
AJK
17
R. Ragu A/L Ramanathan
AJK
18
Hjh. Anisah Binti Hj. Mahaiyuddin
AJK
19
Hannunah Binti Hj. Mahaiyuddin
AJK
20
Hasni Binti Mehat
AJK
21
Ramlah Binti Abdul Hamid
AJK
22
Then Pow Chien
AJK
23
Pushpavally A/P M. Ragawan
AJK
24
Vejayan A/P Baskaran Nair
AJK
25
Sarasvathy A/P Karpayah
AJK



Semoga dengan perlantikan Pengerusi dan Setiausaha baru ini, akan meningkatkan lagi hubungan diantara AJK KRT seterusnya KRT Padang Rengas akan berkembang maju setanding dengan KRT di kawasan lain.

Salam hormat dari saya.  Wassalam.

PYK.