SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Isnin, 20 Mei 2013

KLINIK 1MALAYSIA PADANG RENGAS PERAK DIBUKA DENGAN RASMINYA UNTUK ORANG AWAM PADA HARI INI

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Amanjaya.


Alhamdulillah, sepertimana yang semua sedia maklum bahawa Klinik 1Malaysia Padang Rengas akan dibuka pada pertengahan bulan Mei 2013 dan pada hari ini 20 Mei 2013 ianya telah dibuka secara rasminya kepada orang awam.  Acara Pembukaan Sebenar Secara Rasminya Akan Dilakukan Pada Suatu Tarikh Yang Akan Ditetapkan Kemudian Dan Akan Dimaklumkan Nanti.


Acara hari ini dimulakan dengan bacaan surah yasin yang diketuai oleh Iman Masjid Kg. Buaia dan Perkumpulan Wanita Islam(WI Padang Rengas),  sebahagian kakitangan kesihatan Kuala Kangsar yang diketuai oleh Dr Norrina Md Esa dan dari Klinik Padang Rengas diketuai oleh Dr Norhayati Isa, para jemputan dan sebahagian Jawatankuasa Taman Rengas Jaya yang diketuai oleh Pengerusinya YM Raja Ahmad, Timb. Pengerusi En. Sanushi, Setiausaha En Kamarul Zaman dan AJK TRJ.

Berikut ialah gambar-gambar dari peringkat permulaan ubahsuai premis Klinik 1Malaysia bermula dari Akhir bulan Mac 2013 sehingga ke hari ini, hari pembukaan secara rasmi Klinik 1Malaysia Padang Rengas.











































Pesakit pertama yang mengambil ubat di Klinik 1Malaysia Padang Rengas iaitu Encik Tamin.



Dicatat Oleh:
Setiausaha Badan