SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Isnin, 28 April 2014

GANGGUAN BAU BUSUK DARI LADANG JAGUNG DIHADAPAN STESEN KTMB PADANG RENGAS

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Amanjaya.

Kami Jawatankuasa BKDKPP Taman Rengas Jaya telah menerima aduan daripada penduduk-penduduk Taman Rengas Jaya, Taman Seri Permai dan penduduk Kampung Changkat Gohor serta kawasan yang berhampiran, berkenaan dengan bau busuk yang datangnya dari tapak ladang tanaman jagung madu dihadapan Stesen Keretapi KTMB Padang Rengas yang baharu.  Kami difahamkan bahawa, punca bau tersebut datangnya daripada penggunaan tahi ayam atau baja tahi ayam oleh pengusaha ladang tersebut.

Kami telah dinasihatkan untuk menghubungi pihak Jabatan Alam Sekitar supaya dapat dibuat siasatan lanjut dan diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak jabatan berkenaan sekiranya ia bersalahan dengan undang-undang.

Pelanggan dan pengusaha Restoran Nasi Kandar BJM Maju juga mengadu perkara yang sama kerana sejak kebelakangan ini banyak lalat yang mengganggu dan memenuhi premis beliau serta baunya terlalu busuk.

Sekian untuk makluman ahli-ahli BKDKPP TRJ sekelian.  Terima kasih.


Catatan
Setiausaha Badan