SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Sabtu, 1 Januari 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011

.....dan Salam Sejahtera kepada Semua Warga TRJ.  Dikesempatan ini kami Barisan Jawatankuasa BKDKPP Taman Rengas Jaya ingin mengucapkan selamat tinggal 2010 dan selamat menyambut kedatangan Tahun 2011 kepada semua Penduduk TRJ dan seluruh rakyat Malaysia.  Semoga kedatangan tahun baru ini akan memberikan cahaya yang bergemerlapang dan kebaikan kepada kita semua.  Apa yang penting, hubungan silaturrahim antara kita akan terus kental dan bertambah erat lagi dengan kedatangan tahun 2011.  Kekalkanlah kejayaan yang kita semua kecapi pada tahun lalu dan perbaikilah apa yang kurang dan teruskanlah agenda yang belum diselesaikan tahun lepas, pada tahun ini.  Jadikanlah Tahun 2011 ini lebih baik dari tahun 2010 yang baru sahaja kita tinggalkan.  Kerjasama dari semua pihak amatlah diperlukan dalam meneruskan misi dan visi BKDKPP TRJ agar ianya setanding dengan badan NGO yang lain.  Kejayaan ada dimana mana, oleh itu berusahalah untuk mendapatkannya. "Muafakat Membawa Berkat".
Sekian, Wassalam.