SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Jumaat, 3 Oktober 2014

PENJELASAN LAPORAN PINDAAN HARGA DAN JENIS BARANG 'GERAN PERSATUAN PENDUDUK' BKDKPP TRJ

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Amanjaya.


Semalam, 2 Oktober 2014, Pegawai dari JPPM telah datang membuat lawatan dan pemeriksaan keatas bantuan barangan yang dibeli melalui penuntukan 'Geran Persatuan Penduduk', di pejabat BKDKPP Taman Rengas Jaya.  Alhamdulillah, walaupun belaku sedikit perubahan kuatiti, senarai barang dan juga harga, namun pada dasarnya dapat diterima kerana ianya bertepatan dengan jumlah keseluruhan geran RM9990.00 dan jenis barang, kuantiti serta harga yang diikrarkan.  Surat penjelasan tersebut telah diserahkan oleh Setiausahan BADAN kepada Wakil JPPM pada hari ini, Jumaaat, 03 Oktober, 2014 jam kurang lebih 10.30 pagi.

Terima kasih kami ucapkan kepada pihak JPPM Negeri Perak diatas sumbangan GERAN tersebut dan terima kasih juga kepada pihak lain yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak langsung.
Sekian.  Wassalam.