SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Isnin, 23 Ogos 2010

GOTONG ROYONG RAMADHAN: MINGGU KE-2, MEE HOON GORENG & NASI BERYANI

Salam Sejahtera dan Salam 1TRJ.  Bersua lagi dengan cacatan minggu ke-2 gotong royong ramadhan.  Pada hari sabtu 21-8-2010, menu yang disediakan ialah mee hoon goreng.  Seperti biasa Pak Alang dan crew-crew yang terlibat memasak mee hoon goreng selepas sembahyang zuhur iaitu kurang lebih jam 2.00.  Selesai memasak dan membungkus, kerja-kerja mengedarkan dimulakan pada pukul 4.00 petang.


Pada hari ahad 22-8.2010 pula gotong royong memasak nasi beryani dimulakan seawal jam 9.30 pagi. Kos menyediakan nasi beryani telah disediakan sepenuhnya oleh Penolong Pengerusi TRJ iaitu En. Sanushi Shahariman dan diedarkan ke rumah-rumah di TRJ seawal jam 4.30 petang.


30.08.2010. (Minggu Ke-3 Sabtu 28.8.2010 & Ahad 29.8.2010)

Seperti biasa pada hari sabtu gotong royong Ramadhan diteruskan lagi dengan menu berbuka puasa Mee Rebus dan pada hari ahad pula Nasi Putih, Sambal Petai + Udang dan Rendang Ayam.  Menu kali ini telah di taja oleh Rozisma Ent, BJM Maju Ent. dan Bistari Dot Com
Pak Alang, Salehah (kiri) dan Salmiah (kanan)

Kak Gee (Rozisma) Sedang Mengacau Rendang Ayam
 Sekian, Wassalam.
Oleh : PYK