Pada hari ahad 22-8.2010 pula gotong royong memasak nasi beryani dimulakan seawal jam 9.30 pagi. Kos menyediakan nasi beryani telah disediakan sepenuhnya oleh Penolong Pengerusi TRJ iaitu En. Sanushi Shahariman dan diedarkan ke rumah-rumah di TRJ seawal jam 4.30 petang.
30.08.2010. (Minggu Ke-3 Sabtu 28.8.2010 & Ahad 29.8.2010)
Seperti biasa pada hari sabtu gotong royong Ramadhan diteruskan lagi dengan menu berbuka puasa Mee Rebus dan pada hari ahad pula Nasi Putih, Sambal Petai + Udang dan Rendang Ayam. Menu kali ini telah di taja oleh Rozisma Ent, BJM Maju Ent. dan Bistari Dot Com
Pak Alang, Salehah (kiri) dan Salmiah (kanan) |
Kak Gee (Rozisma) Sedang Mengacau Rendang Ayam |
Oleh : PYK |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan