SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Isnin, 6 Disember 2010

Surau TRJ Yang Hampir Siap 80%

Salam Sejahtera untuk semua.  Sepertimana yang semua maklum bahawa, pada tahun ini merupakan tahun yang amat bertuah bagi penduduk TRJ.  Pertama sekali pihak MMC-GAMUDA bersetuju membina 'fly-over' yang tidak melalui secara langsung ke TRJ.  Ianya dilencongkan melalui tepi pagar kawasan pembinaan landasan berkembar keretapi elektrik bagi laluan motosikal.  Walaubagaimanapun bagi pejalan kaki masih mengikut plan asal iaitu melalui terus ke TRJ-Kg. Changkat Gohor.  Pihak MMC-GAMUDA juga telah membaikpulih beberapa rumah yang retak akibat dari pembinaan landasan keretapi resebut.

BKDKPP TRJ juga berjaya mengadakan gotong royong mega beramai-ramai dengan bantuan kelengkapan dari MPKK.  Warga TRJ juga dikhabarkan dengan berita gembira dengan kelulusan pihak JPM untuk membina Surau bagi kegunaan dan kemudahan penduduk taman setelah permohonan kedua dimajukan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dengan terdirinya surau tersebut di TRJ selepas sambutan hari raya aidil fitri 1431H/2010M. Sempena sambutan hari raya Aidil Fitri pula, pihak BKDKPP TRJ berjaya menghidupkan malam dan pagi hari raya dengan mengadakan rombongan tahlil dari rumah ke rumah sambil memungut derma untuk pengurusan dan pentadbiran surau baru TRJ yang bakal dibina.  Dan..... yang terbaru, untuk kali pertamanya penduduk TRJ mengadakan majlis qurban sempena sambutan hari raya aidil adha yang baru saja berlalu.  Pada tahun ini juga pasukan Rukun Tetangga (RT) Taman Rengas Jaya juga diluluskan dengan anggota berdaftar seramai 12 orang dan akan bersama-sama dengan RT jiran Taman Perumahan berdekatan di kawasan Padang Rengas ini.

Berikut adalah gambar terbaru pembinaan Surau TRJ yang hampir siap 80% dan dijangkakan akan siap sepenuhnya sebelum 31.12.2010.  Penggunaan pertama surau secara tidak rasmi akan bermula seawal 1.1.2011 dan secara rasminya selewat-lewatnya bulan Mac, 2011 setelah semuanya selesai dilaksanakan.