SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Rabu, 9 Januari 2013

KLINIK 1MALAYSIA DI TAMAN RENGAS JAYA

Assalamualaikum Salam 1Malaysia, Salam Perak Aman Jaya dan salam sejahtera untuk semua.

Bermulanya tahun baru pada 1.1.2013 yang lalu, maka bermulalah juga episod baru dalam kehidupan kita samada secara peribadi ataupun umum bagi seluruh masyarakat.  Taman Rengas Jaya juga akan berubah wajah apabila munculnya Klinik 1Malaysia yang dijangka akan beroperasi sekitar bulan Mei nanti, Insya-Allah.  Tempatnya telahpun dikenalpasti iaitu di premis No. 3-3A, Persiaran Rengas Jaya, Taman Rengas Jaya yang ketika ini merupakan sebuah kedai runcit (Rozisma Enterprise) bersebelahan dengan kedai fotostat(Hamli Enterprise).
Semoga dengan adanya Klinik 1Malaysia nanti, ianya akan memberi banyak manafaat kepada penduduk TRJ sendiri disamping penduduk sekitar kawasan Padang Rengas.  Kami sedia maklum bahawa klinik kesihatan Padang Rengas sekarang ini terlalu sesak dengan pesakit yang datangnya bukan sahaja dari Padang Rengas sahaja malahan ada yang datang dari Kuala Kangsar, Manong, Kati dan sebagainya.
Bersama-samalah kita menyokong usaha murni kerajaan dengan mewujudkanKlinik 1Malaysia demi meningkatkan tahap kesihatan rakyat di Malaysia umumnya.
Sekian.
Wassalam.