... Dan Salam bersua kembali di hari lebaran - Hari Raya Aidil Adha. Alhamdulillah.... selepas selesai menunaikan solat sunat aidil adha, warga TRJ bersama penduduk sekitar telah bersama-sama 'bergotong-royong' menunaikan pula ibadat korban bersama aqiqah dengan menumbangkan seekor lembu. 4 orang warga TRJ melaksanakan ibadah korban dan 3 warga TRJ lagi melaksanakan ibadah aqiqah. Daging korban diagihkan kepada semua penduduk islam di TRJ dan jiran kampung bersebelahan. Daging bahagian ibadah aqiqah dan sebahagian daging korban pula dimasak secara gotong royong dan sama-sama dinikmati oleh semua penduduk TRJ, iaitu makan tengahari.
Berikut adalah sebahagian gambar-gambar majlis korban TRJ.
Menunggu Acara Korban Dijalankan
Acara Penyembelihan Akan Dimulakan
Kerja-Kerja Melapah Dijalankan
Kerja-Kerja Menyiapkan Daging Untuk Dipotong & Ditimbang
Persiapan Bahan Untuk Memasak
Daging Mula Dipotong Untuk Diagihkan
Kerja-Kerja Menimbang
Memasak Sup Daging & Tulang
Warga TRJ Bersedia Untuk Menikmati Masakan Tengahari
Terima Kasih.
Oleh: Bendahari TRJ |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan