SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Selasa, 25 Januari 2011

Majlis Perbandaran Sibu larang ternak burung layang-layang di kawasan perumahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kami menyokong penuh tindakan pihak MPS yang melarang penternakan (Perusahaan) burung walit di kawasan perumahan.  Kami berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Malaysia (Semenanjung, Sabah & Sarawak) agar dapat menguatkuasakan larangan tersebut demi kepentingan penduduk tempatan dan keselamatan bersama.  Kebanyakan pengusahanya adalah individu yang tidak menetap di kawasan penternakan tersebut sebaliknya tinggal di tempat lain yang jauh dari masalah yang bakal penduduk tempatan akan alami.  Wassalam.

berita penuh:

SIBU - Majlis Perbandaran Sibu melarang sebarang bentuk ternakan burung layang-layang di kawasan perumahan di sini.

Pengerusinya, Datuk Tiong Thai King berkata, pihaknya telah memuktamadkan prosedur untuk membolehkan tindakan diambil terhadap pengusaha yang meneruskan tindakan itu.

"Baru-baru ini kita telah mengadakan sesi dialog bersama penggiat industri tentang gangguan burung itu," katanya dalam ucapan beliau sebelum mesyuarat bulanan penuh bermula.

Tiong berkata, bunyi yang dihasilkan secara elektronik untuk menarik perhatian burung itu boleh menyebabkan gangguan bunyi terutama pada waktu malam dan subuh.

Tiong berkata pihak majlis tidak teragak-agak untuk menghapuskan ternakan itu selain mengeluarkan saman kepada pengusaha terbabit. - Bernama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan