SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Isnin, 11 Mac 2013

ULAT BULU: Mohon Bantuan Unit Vektor Kuala Kangsar


Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.  Sebagaimana semua maklum, dalam Mesyuarat Agung Badan pada 9 Mac, 2013 yang lalu, En. Nagarajan menyuarakan rasa resah beliau kerana masalah ulat bulu yang telah 'menyerang' beberapa buah rumah di taman ini termasuklah di rumahnya sendiri.  Perkara ini sudah berlanjutan beberapa bulan yang lalu.  Sehubungan dengan itu, hari ini pihak Jawatan Kuasa Badan yang baru dibentuk, yang diketuai oleh Pengerusinya YM Raja Ahmad Bin Raja Ludin telah mengambil langkah dengan memohon pihak Kesihatan Kuala Kangsar melalui Unit Vektornya untuk membuat operasi menyembur racun serangga di persekitaran kawasan taman yang terlibat.  Beliau bersama Penolong Pengerusi En. Sanushi Bin Shahariman telah menghantar sendiri surat tersebut(by hand).
Semoga masalah tersebut dapat diatasi dalam beberapa hari ini dan semua ahli serta penduduk yang mengalami masalah tersebut akan hidup selesa tanpa gangguan ulat bulu itu lagi, selepas ini.


Setiausaha TRJ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan