SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Sabtu, 11 Mei 2013

GERAN PERSATUAN PENDUDUK TELAH DILULUSKAN (RM9990.00)


SALAM SEJAHTERA, SALAM 1MALAYSIA DAN SALAM PERAK AMANJAYA.


Sebagaimana sedia maklum, BKDKPP Taman Rengas Jaya telah mendapat tawaran memohon geran persatuan penduduk yang disediakan untuk setiap persatuan kategori 'A' berjumlah sehingga RM10,000.00, berdasarkan syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

Permohonan geran tersebut telah dimajukan kepada Pen. Pendaftaran Pertubuhan di Ipoh pada hari selasa, 7 Mei 2013 yang lalu dengan jumlah permohonan sebanyak RM9,990.00.

Alhamdulillah, pada 8 Mei 2013 (surat diterima pada 16 Mei, 2013) Badan telah dimaklumkan melalui emel Badan (emel 10 Mei, 2013) bahawa permohonan tersebut telah diluluskan pada 8 Mei, 2013 dan bayaran telahpun dikreditkan kedalam akaun BKDKPP Taman Rengas Jaya pada 9 Mei, 2013 melalui EFT (Electronic Fund Transfer).

Sekian, untuk makluman semua Ahli Badan dan Penduduk Taman Rengas Jaya.




Oleh:
Setiausaha Badan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan