SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Jumaat, 22 Mac 2013

KEMASKINI AKAUN MAYBANK BADAN

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.  Alhamdulillah, hari ini Jumaat 22 Mac 2013 pada jam kurang lebih 2.40 petang Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Badan 2013/2014 telah mengemaskinikan akaun maybank Badan dengan membuat pertukaran penama bagi menandatangani buku cek untuk urusan pengeluaran duit Badan.

Untuk makluman semua, Badan telah menerima wang sumbangan sebanyak RM500.00 daripada Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Padang Rengas untuk menampung kekurangan perbelanjaan kelengkapan bagi menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan surau dan perbelanjaan mesyuarat agung kali ke-6 pada 9 Mac, 2013 yang lalu.


Kami barisan Jawatankuasa BKDKPP Taman Rengas Jaya Sesi 2013/2014 amat menghargai sumbangan yang diberikan dan kami rakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diatas sumbangan tersebut.

Terima kasih.




Setiausaha Badan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan