SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

SELAMAT DATANG KE TAMAN RENGAS JAYA

Selamat Datang

Isnin, 18 Mac 2013

KERJA-KERJA SEMBURAN RACUN SERANGGA

 Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.
Alhamdulillah, pada hari ini 18 Mac, 2013 kurang lebih jam 11.30 pagi 'rombongan' dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar yang diketuai oleh Pegawainya iaitu PN. Izzati telah tiba di Taman Rengas Jaya.  Kedatangan Pn. Izzati bersama En. Kamal Hamidi dan En. Abd Aziz beserta 2 yang lain adalah untuk membuat tinjauan berkenaan dengan aduan penduduk taman mengenai ulat bulu yang 'menyerang' sebahagian rumah di taman ini terutamanya rumah no 102.  Rumah-rumah lain yang terlibat ialah no. 87 - no. 90 dan no.98 - no. 101.
Terima kasih kepada semua pegawai  dan staf dari Pejabat Kesihatan yang terlibat.  Terima kasih juga kepada Pengerusi Badan, YM Raja Ahmad, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan AJK Badan yang hadir sama ke tempat kerja-kerja penyemburan racun serangga dijalankan.
Semoga Taman Rengas Jaya akan bebas dari 'serangan' ulat bulu tersebut, dimasa akan datang.


Berikut adalah gambar-gambar sekitar tempat kerja penyemburan dilakukan.
Ketibaan Staf dan Pegawai Pejabat Kesihatan Kuala Kangsar

Pn. Izzati Meninjau Lokasi Ulat Bulu

Kepompong Ulat Bulu
Punca Ulat Bulu: Rumah Yang Tiada Penghuni
Kepompong Di Pagar Rumah
Semburan Dibahagian Belakang Rumah
Bahagian Tepi Kiri Rumah
YM Raja Ahmad Memberitahu Sesuatu Dan Meminta Semburan Dibuat Pada Pokok-Pokok Berdekatan
Sementara Itu  Pn. Izzati Sedang Memperkatakan Sesuatu Kepada Setiausaha
Semburan Pada Pokok Jambu Mawar
Pn. Izzati Sedang Menerangkan Tentang Kebaikan Program 'COMBI' Kepada Setiausaha Dan Jawatankuasa Taman
Di Pokok Ini Juga Terdapatnya Kepompong Dan Ulat Bulu
Lain-Lain Gambar Berkaitan.
Pn. Izzati, En. Kamal Hamidi Dan En. Abd Aziz


Pak Alang, YM Raja Ahmad, En. Kamal Hamidi Dan En. Abd Aziz


Dicatat Oleh:
Kamarul Zaman Yaakub
Setiausaha Badan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan